Isu TH : Pemimpin Pas ‘otak meniaga kampung’

Bila ada pimpinan Pas pertikai kenapa jual aset Tabung Haji (TH), saya tak dapat elak rasa pimpinan Pas ni jenis otak meniaga kampung.

Meniaga kampung kecil-kecilan buka kedai runcit. Bila untung beli tanah. Bila untung beli kebun. Beli bila meniaga untung.

Meniaga kampung bila dah jual harta tu maknanya meniaga dah teruk hingga terpaksa jual aset. Dan bila ada dua, dah jual satu, maka tinggallah satu.

Sedangkan urus TH ni bukan macam tu.

Bila TH beli saham harga RM1, kemudian saham tu naik dah jadi RM3, maka wajarlah TH jual untuk ambik untung. Untung ni lah yang digunakan untuk bayar Hibah kepada penyimpan di TH. Dan akan beli aset/saham lain pula.

Kemudian TH juga ada polisi pelaburan. Kalau beli sesuatu aset/saham, tapi kadar untung tidak mencapai tahap minima yang pengurusan tetapkan, maka aset/saham itu juga akan dijual dan aset baru yang lebih menjana pulangan akan dibeli sebagai ganti. Jadi jual di sini bukanlah bermaksud sebab nak lingkupkan Tabung Haji.

Kalau ikut pemikiran pimpinan Pas ni TH tak boleh buat sebarang trading. Tak boleh jual-beli. Sebab bila jual, maka itu bermaksud dah jual harta umat Islam.

Dia tak sedarkah yang TH buat trading jual-beli tu supaya ekonomi umat Islam berkembang, supaya untung dan membolehkan hibah dibayar kepada umat Islam.

Seorang pimpinan Pas kata kalau TH Plantation rugi, jangan jual aset yang rugi tu. Ambillah duit dari anak syarikat TH lain yang untung untuk timbus kerugian itu.

Sesiapa yang biasa terlibat dengan trading dan korporat pasti akan ketawa besar dengar hujah pimpinan PAS ni.

Mana boleh mudah-mudah nak ambik duit syarikat A untuk kambus hutang syarikat B macam tu saja. Walaupun dari mak-bapak yang sama. Jelas tadbir urustadbir korporat ke laut ustaz ni.

Usaha pemulihan TH bukanlah satu usaha yang main-main oleh kerajaan PH.

Kerajaan PH telah melantik bekas Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof sebagai Pengerusi TH dan menamakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Holdings Bhd Datuk Seri Zukri Samat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Setelah Datuk Seri Zukri letak jawatan kerana masalah kesihatan, maka Kerajaan PH telah melantik seorang lagi tokoh Korporat iaitu Datuk Nik Hasyudeen Yusoff sebagai ganti. Bagi saya, mereka lebih berwibawa dan lebih boleh dipercayai dalam dunia korporat berbanding pimpinan Pas.

Hisham Fauzi
Bukan Tokoh Korporat yang percaya kepada kepakaran tokoh korporat dan enggan percaya kepada kaki labun.
04/08/2020.

Sumber :