Isu talak kerana ambil vaksin, peguam tampil buat penjelasan

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah tangkap layar memaparkan perbualan seorang suami yang ingin menjatuhkan talak jika isterinya mengambil vaksin.

Hal ini kerana suaminya tidak mahu mengambil sebarang suntikan dan kebetulan pasangan itu merupakan pasangan jarak jauh.

Perbuatan itu jelas memberikan pelbagai reaksi daripada netizen yang bertindak mengecam tindakan lelaki itu yang secara mudah menjatuhkan talak tanpa alasan yang munasabah.

Peguam tampil perjelas situasi

Isu tular itu tampil diperjelaskan oleh seorang peguam syarie dan Perundangan Islam, Fahmi Ramli, bagi menerangkan situasi yang berlaku.

Menerusi hantarannya di laman Facebook, beliau bertindak menerangkan jenis talak serta beberapa persoalan mengenai sah atau tidak talak tersebut.

Dari segi faktanya, isteri ini mengambil vaksin pada hari selasa sebelum dia berjumpa dengan suami beberapa hari kemudian. (Saya anggarkan sahaja).

Jadi, maknanya, lafaz takliq talak ini dibuat selepas dia mengambil vaksin.

Isu talak kerana ambil vaksin, peguam tampil buat penjelasan

Digelar Takliq talak

Menurut pandangannya, situasi tersebut digelar sebagai takliq talak yang diucapkan suami bagi menghalang isteri melakukan perkara yang tidak disukainya.

Selain itu, takliq talak ini dikategori sebagai kes lafaz cerai luar mahkamah dan si suami boleh dikenakan hukuman susulan melafazkan cerai di luar mahkamah.

Adakah sah talak tersebut?

Menerusi hantaran itu, peguam itu turut berkata bahawa hanya Hakim Syarie sahaja yang boleh mengesahkan talak tersebut dan peguam syarie tidak boleh membuat keputusan.

Hal ini kerana suami perlu memberikan beberapa keterangan serta menjawab persoalan mengenai niatnya terhadap lafaz talak pada mesej yang diberikan.

Selain itu, si isteri juga wajib menfailkan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah terlebih dahulu serta mendapat pengesahan daripada hakim.

Peguam turut menititipkan nasihat

Mengakhiri ulasannya, beliau menasihati para suami agar tidak mudah menggunakan kuasa talak bagi menceraikan isteri secara melulu.

Malang sungguh siapa yang dapat suami macam ni. Sikit-sikit letak talak jika tak ikut kehendaknya.

Selain itu, peguam itu juga turut mencadangkan agar selepas ini, terdapat beberapa pindaan hukuman lafaz cerai luar mahkamah yang lebih berat bagi mengelakkan kejadian tersebit berulang lagi.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/trending/tular-isu-talak-vaksin-seorang-peguam-tampil-beri-penjelasan/

BACA JUGA : Lafaz taklik jika ambil vaksin, itu kena tanya mufti – Menteri Agama