Isu judi : Pemimpin Pas dicabar letak jawatan dalam kerajaan jika serius

Rata-rata warganet mencabar Pas agar meninggalkan kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ susulan pendirian ‘garang’ sayap pemudanya berhubung keputusan meluluskan permohonan semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun ini.

Dalam masa sama ada yang mempertikaikan ketegasan Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khiruddin semalam yang tidak berkompromi dalam isu judi.

“Inilah pendirian kita sejak dahulu hingga sekarang, tidak ada sebarang kompromi dalam isu judi,” katanya semalam.

Pemimpin Pas dicabar letak jawatan dalam kerajaan jika serius

Sehubungan itu, orang ramai mendesak Pas letak jawatan dalam pentadbiran kerajaan dan keluar Pas jika benar berpegang pada prinsip.

“Kalau dah tak mahu kompromi, tarik dirilah dari kerajaan. Setakat sembang, orang tak percaya.

“Hangpa tu dok dalam kerajaan,” kata pengguna Facebook, Hussin Jan.

Sementara itu, ada juga mempersoal bagaimana pula pendirian Menteri Kabinet yang juga dianggotai pemimpin Pas.

“Pemuda sahajakah? Menteri Kabinet apa pendiriannya?,” soal Muhammad Fairul Al Qasas.

Menurut Yaser Ahmad Kamarudin pula, keputusan bagi cabutan khas sebanyak 22 kali itu bukan satu yang baharu.

“Benda nak dekat hampir setahun dah senyap buat tak tahu. Bila Mahfuz (Ahli Parlimen Pokok Sena) tanya soalan dalam sidang Parlimen baru kelam-kabut,” Yaser.

Dalam jawapan kepada pertanyaan lisan Mahfuz pada 20 September lalu, Parlimen diberitahu Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan daripada semua syarikat judi untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun ini.

Untuk rekod, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengurangkan kekerapan cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019 berbanding 22 kali pada 2018 seperti ditetapkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan PH seterusnya mengurangkan lagi kekerapan cabutan khas pada 2020 kepada lapan kali sahaja setahun.

Walau bagaimanapun, kekerapan cabutan khas terbabit kembali kpada 22 kali ketika pentadbiran kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang juga dianggotai Pas.

Melihatkan reaksi ‘garang’ Pemuda Pas berhubung isu judi, tidak kurang juga warganet menyifatkan parti tersebut sama dengan Umno.

“(Pas) dah sama level dengan pemuda Umno. Melalak pada kerajaan yang mereka adalah sebahagian daripadanya.

“Pas boleh saja bagi kata dua. Batalkan atau Pas tarik diri,” kata Mohd Azman Arsad.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/tarik-diri-dari-kerajaan-jika-tidak-mahu-kompromi-cabar-netizen/

BACA JUGA : Aksi mendebarkan wanita goreng kuih sambil tangan celup minyak panas

COMMENTS

Wordpress (0)