Isu judi : Akhirnya Sanusi mohon maaf

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf kepada Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor kerana sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan kegiatan judi nombor ekor dengan Pulau Pinang.

Memetik laporan Malaysiakini, Sanusi berkata beliau menerima teguran Wan Salim kepadanya dengan hati terbuka lebih-lebih lagi mufti berkenaan pernah menjadi pensyarahnya ketika di universiti.

Sanusi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk menghina Pulau Pinang tetapi sekadar memberi pandangan jika Pulau Pinang tidak mengharamkan premis perjudian, maka mereka boleh membeli nombor ekor di sana.

Isu judi : Akhirnya Sanusi mohon maaf

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau ketika ditanya pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini mengulas lanjut, “(Jika) Dia ada terasa hati saya minta maaflah pada mufti Pulau Pinang. Dia pensyarah saya di USM (Universiti Sains Malaysia). Saya terima teguran dia, terima kasih.

“Bukanlah bermaksud nak menyatakan Pulau Pinang tu darul judi, tapi kalau Pulau Pinang tak mengharamkan premis perjudian, jadi siapa-siapa nak beli (nombor ekor) boleh beli di Pulau Pinanglah, sebab dia ada premis yang beroperasi.

“Di Kedah, bila kita dah tamatkan semua operasi, premis-premis perjudian ditamatkan lesen, tak dapat beroperasi, mereka bolehlah pergi ke tempat mana yang beroperasi, termasuklah di Pulau Pinang.

“Itulah maksud saya, bukanlah saya nak menghina negeri Pulau Pinang, tidak.”

Sebelum ini, Wan Salim menasihati Sanusi agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kontroversi dengan pemimpin negeri lain, ekoran kenyataannya sebelum itu yang mengaitkan judi dan Pulau Pinang.

“Kerajaan tidak akan beri lesen (baru), kalau you nak beli (nombor ekor), beli di Pulau Pinang,” Sanusi dipetik berkata.

Sanusi berkata demikian ketika mengumumkan Kedah bakal mengharamkan operasi semua kedai nombor ekor dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka.

Wan Salim menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak wajar dan mendukacitakan, dan merupakan satu penghinaan terhadap pelbagai institusi agama Islam di Pulau

Pinang yang sentiasa komited kepada usaha-usaha bagi memartabatkan kedudukan Islam.

Pun begitu, dalam sidang media tadi, Sanusi sempat menyarankan agar Wan Salim selaku mufti, menasihati kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengikut langkah Kedah.

“Saya rasa dia patut nasihat Pulau Pinang untuk buat langkah yang sama jugalah macam Kedah buat (mengharamkan kedai nombor ekor).

“Dia mufti. Saya murid dia saja, dia guru saya,” katanya lagi.

BACA JUGA : Gempar !!! Menteri Kewangan sahkan Najib minta rumah RM100 juta dari kerajaan
Panas !!! 595 ahli BERSATU umum keluar parti, sertai UMNO

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Isu judi : Akhirnya Sanusi mohon maaf […]