Isu Injil : GPS tersepit dengan gaya politik Pas

Sudah terlambat buat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menjarakkan diri dari PAS, iaitu sekutu mereka dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), kata Adun DAP, Bukit Assek, Irene Mary Chang Oi Ling.

Chang mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata bahawa undi untuk GPS bukan undi untuk PAS.

Dia kemudian merujuk kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang mendakwa bahawa kitab Kristian, Injil telah “diputarbelitkan”.

“Pendirian menteri ini menunjukkan GPS memandang ringan masalah tersebut dan gagal melihat penghinaan melampau yang dilakukan terhadap masyarakat Kristian di Sarawak.

“Ini menunjukkan keengganan atau ketidakmampuan kerajaan negeri Sarawak untuk mempertahankan kepercayaan masyarakat Kristian di negeri ini,” kata Chang dalam satu kenyataan hari ini.

Di sebalik bantahan oleh masyarakat Kristian termasuk oleh Persatuan Gereja, Persatuan Kristian Evangelis Sarawak, dan juga pemimpin politik tempatan, Chang berkata sebahagian besar pemimpin kanan GPS memilih untuk “membungkam”.

Wan Junaidi, katanya, cuba menjarakkan GPS dari PAS dengan mendakwa bahawa ulasan Zawawi berhubung Injil adalah pendapat peribadinya dan tidak ada kaitan dengan GPS.

“Faktanya adalah bahawa tanpa 18 kerusi GPS di Parlimen, PN tidak akan dapat merampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada Mac 2020.

“Dalam memilih untuk memberikan sokongan kepada PN, (GPS) adalah sekutu yang mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya ke-14 lalu,” kata Chang.

Menurutnya, tindakan itu satu pengkhianatan kepada mana-mana kerajaan demokratik dengan sengaja mengabaikan suara dan keputusan rakyatnya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/541129