Isteri Safawi Rasid promosi laman judi bola di Instagram?

Isteri Safawi Rasid promosi laman judi bola di Instagram?. Syifa Melvin yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak berpengaruh negara iaitu Safawi Rasid dilihat telah pun mempromosikan satu laman judi semalam menerusi Instagram beliau untuk khalayak ramai.

Laman web yang dikenali sebagai Score808 itu merupakan antara yang terkenal mempromosikan judi dan pertaruhan secara haram selain turut memberi akses siaran langsung bola sepak di serata dunia.

Walaupun tujuan Syifa mungkin ingin memberi akses kepada perlawanan membabitkan suaminya iaitu Safawi yang kini berada di Thailand secara percuma, hakikatnya ia merupakan suatu kesalahan perlu dielakkan kerana turut mempromosikan judi buat khalayak umum.

Isteri Safawi Rasid promosi laman judi bola di Instagram?

Safawi yang kini berada di Thailand telah pun membuat beberapa penampilan bersama pasukannya iaitu Ratchaburi FC dalam saingan Thai League 1 secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Untuk mengakses siaran langsung membabitkan aksi Safawi di sana mungkin agak sukar buat para peminat beliau yang ingin melihat kelibat pemain tersebut bermain buat Ratchaburi.

Mungkin disebabkan itu, Syifa mengambil pendekatan untuk berkongsi pautan tersebut, dan ianya salah sebenarnya kerana membabitkan unsur judi serta pertaruhan.

Baca Artikel Penuh