Isteri “mengganas”, cakar dan tendang suami selepas dituduh curang

Isteri “mengganas”, cakar dan tendang suami selepas dituduh curang

Seorang lelaki calar di badan dan muka selepas ditendang serta dicakar oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Bayu, Telok Air Tawar di sini pada jam 11.30 pagi, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati punca pasangan suami isteri itu bertengkar adalah disebabkan cemburu.

 

Menurutnya, kejadian itu bermula selepas mangsa mendapati isterinya menerima panggilan video daripada seorang lelaki iaitu rakan sekerjanya.

“Sebelum itu, berlaku salah faham antara mereka selepas mangsa tidak membawa anak tirinya (anak isteri dengan suami lain) ke kedai gunting rambut.

“Selepas itu, dia mendapati isterinya menerima panggilan daripada seorang lelaki lalu bertanya kepada isterinya mengenai perkara itu.

“Mangsa mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Isterinya yang berang dengan soalan mangsa telah menendang muka dan mencakar badannya,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurutnya, mangsa mendakwa, setiap kali dia bertanyakan soalan mengenai perkara itu kepada isterinya, mereka akan bergaduh.

“Menurut keterangan isteri mangsa, dia mendakwa suaminya sering membuat provokasi dengan menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sedangkan dia tidak berbuat demikian. Oleh kerana kerap ditanya soalan sama, isterinya telah hilang pertimbangan lalu memukul mangsa.

“Kes dianggap selesai selepas pasangan suami isteri yang bekerja sebagai kakitangan awam itu ingin menyelesaikan urusan rumahtangga mereka di mahkamah syariah.

“Tujuan mereka yang berasal dari Kelantan itu membuat laporan polis adalah untuk rujukan mahkamah,” katanya.
Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/131769/BERITA/Semasa/Isteri-tendang-cakar-suami-akibat-berang-dituduh-curang

COMMENTS