Isteri kemalangan jalan raya, reaksi cemas Aaron Aziz buat netizen risau. Pelakon kacak dan popular, Datuk Aaron Aziz berdepan detik-detik cemas apabila isterinya, Datin Diyana Halik memaklumkan terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Aaron Aziz berkata dia segera meminta isterinya melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan meskipun tidak mengalami kecederaan.
Lihat siaran ini di Instagram
Alkisah, kereta model Toyota Alphard warna hitam yang dipandu Diyana dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain.
Pada masa yang sama, Aaron mengakui isterinya jenis aktif melakukan pelbagai aktiviti dan tidak boleh duduk diam sekali gus meminta Diyana untuk berehat seketika.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Diyana diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya. Ada juga segelintir netizen yang bertanyakan khabar dan keaadan indvidu yang melanggar isteri Aaron Aziz tersebut.