Israel guna software untuk intip nombor telefon pintar

Israel

Israel guna software untuk intip nombor telefon pintar. Sebuah firma Israel yang dituduh membekalkan perisian intipan telah dikaitkan dengan senarai 50,000 nombor telefon pintar termasuk milik aktivis, wartawan, eksekutif perniagaan dan ahli politik di seluruh dunia, demikian menurut laporan kelmarin.

Firma NSO Group dan perisian jahat ciptaannya, Pegasus menjadi berita utama sejak sekurang-kurangnya tahun 2016 apabila penyelidik-penyelidik menuduh aplikasi itu digunakan untuk membantu mengintip pembangkang di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Pendedahan kelmarin menimbulkan kebimbangan berhubung pencerobohan privasi dan hak lain. Isu tersebut juga mengungkapkan sejauh mana perisian syarikat swasta Israel disalahgunakan oleh pelanggannya di peringkat antarabangsa.

Israel

Penyalahgunaan Pegasus dilaporkan oleh akhbar The Washington Post, the Guardian, Le Monde dan agensi berita lain yang bekerjasama dalam penyelidikan terhadap kebocoran data.

Kebocoran data itu melibatkan senarai lebih 50,000 nombor telefon pintar yang dipercayai digodam oleh pelanggan NSO sejak tahun 2016, kata beberapa agensi media.

Washington Post menyatakan bahawa senarai itu dikongsi oleh Forbidden Stories iaitu sebuah organisasi berita tidak bermotifkan keuntungan yang berpusat di Paris dan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/19/perisian-israel-diguna-intip-50000-nombor-telefon/

jika Terlepas: Selamatkah murid belum divaksin untuk hadir ke sekolah?