Ismail Sabri tegaskan PM dari Umno jika wujud kerajaan campuran

Ismail Sabri tegaskan PM dari Umno jika wujud kerajaan campuran

Ismail Sabri tegaskan PM dari Umno jika wujud kerajaan campuran. Barisan Nasional (BN) perlu memenangi sekurang-kurangnya 80 hingga 90 kerusi Parlimen jika mahu mengetuai kerajaan campuran yang mungkin terbentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya jumlah kerusi besar akan membolehkan BN mengetuai kerajaan campuran itu yang mungkin dibentuk jika tiada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah 112 kerusi Parlimen, Sabtu ini.

Meskipun yakin BN berpotensi memperoleh 112 kerusi Parlimen, Ismail Sabri tetap tidak menolak kemungkinan situasi kerajaan campuran berlaku berdasarkan situasi di negara membangun lain, yang mana jarang satu parti dapat menguasai pembentukan kerajaan.

Jika BN berjaya mendominasi pembentukan kerajaan campuran, katanya, gabungan itu akan memiliki kelebihan dalam membuat kata putus, khususnya dalam memastikan Perdana Menteri yang dilantik adalah daripada BN.

“BN bertanding di 178 kerusi Parlimen dan seperti yang selalu disebutkan kepemimpinan di peringkat UMNO dan BN, kita mesti dominan. Kalau dapat 80 atau 90 kerusi Parlimen, lebih mudah untuk parti lain bersama kita.

Ismail Sabri tegaskan PM dari Umno jika wujud kerajaan campuran

“Kalau kita hanya ada 40 kerusi tetapi orang lain 60 kerusi, tidak mungkin lagi kita boleh mengetuai kerajaan campuran itu. Sasaran kita kalau boleh melintasi 112 kerusi dan boleh membentuk kerajaan.

“Kalau kita jemput mereka sertai kita, tentulah Perdana Menteri datang daripada kita (jika BN ada 80 hingga 90 kerusi). Kalau kita dapat 30, orang lain 80, maka orang lainlah akan menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam temu bual Ruang Bicara Khas di BERNAMA TV, malam ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan pembentukan kerajaan campuran serta kekuatan BN bagi menarik parti lain untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, jika tiada pihak mendapat majoriti mudah 112 kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berpandangan, masih terlalu awal untuk melihat pihak yang dipilih BN untuk membentuk kerajaan, namun yakin ia pasti akan membabitkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kita juga sedia bekerjasama dan menjemput Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN Sabah, kerana berapa banyak kerusi sekalipun, kita dapat, termasuk 120 atau 130 kerusi, kita mesti mempunyai parti dari Sabah dan Sarawak.

“Mereka tidak boleh ditinggalkan dalam gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Ditanya kemungkinan BN bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) pasca PRU15, Ismail Sabri menegaskan situasi itu tidak mungkin berlaku kerana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO sudah memutuskan menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan PKR.

Tegasnya, pendirian UMNO menolak Anwar, DAP dan PKR hanya boleh dibatalkan dan diubah menerusi keputusan MKT dan mesyuarat agung luar biasa.

“Selagi tiada keputusan seperti itu, maka keputusan ‘No Anwar, No DAP’ itu akan terus kekal.

“Saya percaya tidak ada sesiapa pun dalam kalangan UMNO, kepemimpinan tertinggi mana sekali pun yang boleh ubah keputusan MKT dan PAU secara bersendirian. Ia mesti diputuskan oleh parti,” katanya.

BACA:

Baru je kahwin, Najwa Latif suruh suami tidur luar

Berniaga tepi jalan je tapi guna robot tolong buat nasi goreng

Makcik ni suruh edit bagi gerainya nampak ramai, perkara yang jadi lepastu buat rasa nak menangis

CATEGORIES