Ismail Sabri sahkan senarai kabinet diumum minggu ini

Ismail Sabri

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub memaklumkan bahawa senarai kabinet akan diumum minggu ini.

Menurut Bernama, dia berkata pengumuman akan dibuat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Minggu lalu, naib presiden Umno itu dilantik sebagai perdana menteri baru menggantikan Muhyiddin Yassin setelah dikatakan mendapat sokongan daripada 114 ahli parlimen.

Dia mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, kelmarin.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/588302

Baca Juga : Panas !!! Rupanya Tun M dan Muhyiddin alami nasib yang sama…

COMMENTS

Wordpress (0)