Ismail Sabri masih bawa ‘badi’ Langkah Sheraton

Ismail Sabri masih bawa ‘badi’ Langkah Sheraton.Pembentukan kabinet DSIS dijangka akan dibentuk dalam minggu ini. Latar kebangiktan DSIS disebalik perkenan YDPA secara berperlembagaan disambut rakyat penuh dingin.

DSIS masih membawa ‘badi langkah Sheraton’ bersamanya dan dibayangi oleh persepsi PM kitar-semula atas nama kerajaan gagal. Beliau adalah Menteri Kanan dalam PN dan dipromosikan TPM di celah pertikaian kelemahan koordinasi MKN yang diwakilinya. Kini beliau adalah PM Malaysia, tentunya ia sesuatu yang ironi.

DSIS perlu segera membuang ‘badi Sheraton’ dengan mengambil langkah drastik sekurangnya sehingga pembubaran wajib parlimen 2023. Antaranya;

a)Pulihkan Demokrasi dengan perbanyakkn jawatankuasa pilihan parlimen rentas parti tertumpu kepada MPN supaya adanya semak-imbang lebih berkesan dan ide yang disatukan atas kepentingan negara semasa krisis.

b)Memberi keyakinan rakyat dengan memperkenalkan akta anti-lompat parti melibatkan jawatankuasa semua pihak sebelum ia dibentang di parlimen.

c)Meyakinkan rakyat komitmen membela rakyat dengan suntikan dana RM 50 B dan meningkatkan had ambang tahap keberhutangan negara untuk tujuan tersebut.

d) Memperkecilkan saiz kabinet supaya lebih fokus mengendalikan implikasi covid kepada kesihatan awam, ekonomi, pendidikan dan kebajikan rakyat.

e) Mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi politik dan pemerintahan melalui penguatkuasaan adil, lawan rasuah, layanan adil semua MP yang mewakili mandat pengundi masing-masing dan mengamalkan ketelusan.

Kegagalan DSIS untuk mempamerkan iltizam ke arah perubahan seperti di atas akan mendedahkan DSIS kepada label PM kitar-semula. DSIS perlu hindari dari tekanan politik 114 MP dan blok yang menyokongnya menuntut habuan masing-masing.

114 bukanlah bilangan yang menjaminkan kestabilan, namun apa yang berlaku ke atas TSMY tempoh hari membuktikan seramai 15MP UMNO telah mempolitikkan hubungan tegang UMNO-Bersatu sehingga membawa kepada lahirnya kerajaan kitar semula hari ini.

Bagi 105 MP yang tidak menyokong DSIS, mereka meletakkan komitment sedari awal lagi untuk memelihara Demokrasi, menjunjung perlembagaan dan menumpukan kepada kendalian krisis Covid 19 supaya negara dan rakyat dapat didahulukan.

Sekian
Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar

23 Ogos 2021

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)