Beberapa hari ini tular kenyataan yang pernah diungkapkan oleh Menteri PN Ismail Sabri di facebook beliau.
Posting yang dimuatnaik atas nama akaun Ismail Sabri Yaakob pada 13 Ogos 2019 bertajuk “Haramkan Dong Zong”- Pertubuhan Rasis Sempit”.
Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil tanggungjawab caption yang dimuatnaik oleh beliau. Tulisan penuh rasis dan menimbulkan banyak persepsi serta Fitnah ditujukan kepada DAP-PH. Malah ia telah mengundang netizen untuk komen penuh semangat perkauman.
Kini, netizen mula mempersoalkan dan menjadi tanda tanya? Sekarang Ismail Sabri Yaakob telah menjadi menteri kanan di sisi Azmin di bawah kerajaan pintu belakang. Sudah sampai masanya, kenyataan yang beliau buat sebelum ini perlu ditunaikan dan dilaksanakan serta bertanggungjawab. Itupun kalau Ismail Sabri Yaakob “berani”!.
Berani ke Ismail Sabri Yaakob? Adakah Ismail Sabri Yaakob terlupa apa yang pernah beliau tuliskan sebelum ini? Sekarang masanya “Haramkan Dong Zong”! wahai Ismail Sabri Yaakob.
Ketika menulis, Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan PH ketika itu mengharamkan segera Dong Zong akibat bantahan tulisan Jawi dan Khat. Sedangkan isu ini dimanipulasi oleh puak Ismail Sabri Yaakob dan beberapa orang lebai yang kehausan.
Kami akan menantikan kesudahan dan kelantangan insan yang bernama Ismail Sabri Yaakob untuk “Haramkan Dong Zong”.
Sumber: