Ismail cukup pakar perangi Covid-19, puji Ahmad Maslan

Ismail

Ismail cukup pakar perangi Covid-19, puji Ahmad Maslan. Seorang pemimpin Umno memuji kepakaran calon perdana menteri ke-9 pilihan mereka dalam memerangi Covid-19, meskipun prestasi pentadbiran lepas dipertikaikan beberapa pihak termasuk dalam kalangan pemimpin parti itu.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengingatkan bahawa Ismail Sabri Yaakob bukan sahaja menteri kanan keselamatan yang mengumumkan SOP melawan wabak itu, beliau juga timbalan perdana menteri dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Ismail merupakan timbalan kepada Muhyiddin selama kira-kira 41 hari, sebelum pentadbiran beliau tumbang selepas beberapa wakil rakyat Umno menarik balik sokongan mereka.

“Saya meneliti ketokohan Ismail Sabri dan ternyata ketika Covid-19 melanda negara, beliaulah menteri kanan yang mengumumkan mengenai SOP dan cukup pakar hal memerangi Covid-19,” kata Ahmad dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV semalam, memetik laporan agensi berita itu.

Ismail

“Beliau juga menjadi ketua pembangkang semasa Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan sebelum ini, dan menjadi timbalan perdana menteri pula dan pengalaman ini sudah cukup untuk membolehkan beliau dipilih sebagai Perdana Menteri ke-9,” tambahnya.

Ismail memegang portfolio pertahanan dalam pentadbiran Muhyiddin.

Ahmad berkata, sekiranya Ismail dipilih, beliau perlu mendapatkan nasihat dan berbincang dengan Majlis Kerja Tertinggi Umno atau Biro Politiknya tentang dasar untuk rakyat.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/20/ismail-cukup-pakar-hal-perangi-covid-19-layak-jadi-pm-kata-sua-umno/

BACA: Episod serang menyerang antara Umno dan Bersatu akan terus berlaku

COMMENTS

Wordpress (0)