Selepas menikmati durian dari gerai tersebut, Yen mendapati isinya manis, tidak keras, dan wangi, walaupun bijinya agak besar.
Peniaga jalanan di kaki lima sekitar Bandar Raya Ho Chi Minh kini menjual durian pada harga hanya 30,000 dong (RM5.23)
untuk buah seberat kira-kira satu kilogram, lapor portal berita VnExpress semalam.
Awal minggu ini, di sebuah gerai di Jalan Nguyen Huu Canh, daerah Binh Thanh,
seorang pelanggan yang dikenali sebagai Yen berkata dia membeli dua biji durian selepas melihat harganya yang sangat rendah.
“Beberapa bulan lalu, harga buah ini antara 150,000 dong (RM26.15) hingga 200,000 dong (RM34.86) sekilogram,” katanya.
Sementara itu, durian dengan isi lebih montok dijual pada harga yang lebih tinggi dan biasanya dipamerkan di bahagian berasingan.
Seorang penjual durian tempatan, Nguyen Van Linh, berkata tahun ini petani telah membawa lebih banyak durian ke pasaran, menyebabkan harganya menjadi lebih berpatutan.
Pengerusi Persatuan Durian Dak Lak, Vu Duc Con, memberitahu bahawa harga durian menurun sejak kebelakangan ini kerana bekalan meningkat semasa musim puncak buah tersebut.
Kebanyakan durian murah yang dijual di kaki lima di Bandar Raya Ho Chi Minh adalah buah yang tidak memenuhi piawaian eksport, lapor akhbar Tuoi Tre.
BACA: Penyanyi nasyid ‘Sepohon kayu’ bergelar Datuk, rupanya ini sumbangannya kepada negara