Iphone kini boleh dilipat, lihat cara youtuber ini buat

Iphone kini boleh dilipat, lihat cara youtuber ini buat

Iphone kini boleh dilipat, lihat cara youtuber ini buat. Seorang YouTuber dari China telah menghasilkan iPhone boleh lipat dengan menggunakan komponen sedia ada, yang menggabungkan komponen dalaman iPhone bersama kerangka boleh lipat Motorola Razr.

Melalui video yang dimuat naik, ia memaparkan proses yang dilalui untuk menanggalkan komponen pada kedua-dua peranti sehingga menjadi sebuah peranti boleh lipat. Semua komponen dalaman iPhone X telah dialih keluar dan digabungkan semula untuk dimuatkan di dalam kerangka Motorola Razr.

Walaupun panduan memfokuskan kepada iPhone X, beberapa komponen model iPhone yang lain juga turut digunakan dalam penghasilan iPhone boleh lipat ini.

Iphone kini boleh dilipat, lihat cara youtuber ini buat

Dinamakan sebagai “iPhone V”, peranti ini berfungsi dengan menjalankan sistem iOS serta paparan yang boleh dilipat kepada dua.

Tidak perlu mengulas panjang, anda juga boleh menonton penghasilan iPhone boleh lipat di bawah ini.

Terdahulu, ura-ura sebelum ini mengatakan Apple dalam usaha menghasilkan prototaip ‌iPhone‌ boleh lipat. Bagaimanapun, tiada perkembangan mengenai rekaan prototaip iPhone boleh lipat berkenaan dan tidak diketahui bila ia akan dilancarkan, setakat ini.

BACA:

Biodata Chombi anak Harry Khalifah terbongkar

Anak ahli akademik terkenal, Hawa Rizwana lega bapa izin jadi hos Meletop

Baru je buka, Genting Skyworlds dah naikkan harga tiket kepada RM170

CATEGORIES