Inisiatif suntik vaksin hujung minggu tanpa temujanji di England

Ratusan pusat vaksinasi sementara dibuka di England pada hujung minggu untuk menawarkan suntikan vaksin COVID-19 kepada orang dewasa tanpa memerlukan janji temu.

Dikenali sebagai ‘Grab a Jab Weekend, tempat-tempat seperti parkir kereta, pasar raya, teater dan stadium bola menawarkan suntikan vaksin bagi meningkatkan lagi kadar vaksinasi.

vaksin

Sebilangan besar pusat vaksin sementara ini menawarkan suntikan dos pertama, namun ada juga yang menawarkan suntikan dos kedua kepada individu 40 tahun ke atas.

Beberapa rakyat England memuji inisiatif ini dan berharap program vaksinasi ini akan membolehkan mereka kembali melakukan perjalanan.

Tawaran vaksin kepada semua orang dewasa di England bermula pada 19 Julai akan datang.

Ini selepas pada Sabtu, UK merekodkan peningkatan kes jangkitan kepada 18,270 tertinggi sejak 5 Februari.

Sepanjang minggu lalu, hampir 100,000 individu telah diuji positif iaitu peningkatan hampir 50 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Varian Delta yang pertama kali dikesan di India dianggap antara punca peningkatan kes di UK yang menyumbang kepada hampir semua kes baharu di negara itu.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/vaksin-covid19-ratusan-pusat-vaksinasi-dibuka-untuk-program-grab-jab-weekend-305315

BACA JUGA : Laman sosial KKM dihujani komen ‘Tutup Kilang’

CATEGORIES