Inilah hikmahnya 5 hotel Tabung Haji dipindah milik kepada SPV

Bila berlaku Krisis Pandemik Covid-19 aku mula terpikir masa depan ekonomi Negara terutama operasi Syarikat-syarikat Multi-million terutama dalam industri hiliran.

Tiba-tiba aku teringat krisis yang berlaku dalam Tabung Haji dulu bila Pengurusan baru Tabung Haji ambik keputusan menjual aset-aset yang x menguntungkan yang sekian lama menjadi liabiliti kepada Tabung Haji.

Masa tu Pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan sekarang terutamanya DR ASYRAF WAJDI DUSUKI & penyokong-penyokong mereka termasuk Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani antara yang paling kuat membantah keputusan tersebut dengan pelbagai alasan & hujah sampai berlaku cabar-mencabar ajak Dr Mujahid Yusof Rawa berdebat.

Aku malas nak cerita panjang-panjang, cuma nak ajak korang berfikir dengan lebih rasional.

Hari ni kita berhadapan dengan Krisis Pandemik Covid-19. Ekonomi down, semua perniagaan-perniagaan besar drop. Syarikat-syarikat besar sedikit demi sedikit mula mengecilkan operasi masing-masing.

Syarikat Automotif antara yang tersohor di dunia Toyota hari ini menghentikan operasi 5 kilangnya di Jepun & mengecilkan operasi kilang-kilang lain kerana tekanan ekonomi.

Bidang perhotelan jatuh teruk hatta Hotel-hotel bertaraf 5 ke 7 bintang pun lumpuh bila kebanyakan negara mengisytiharkan “lockdown” bagi mengawal penularan Virus Covid-19.

Korang rasa apa akan jadi pada Institusi Tabung Haji sekiranya 5 Hotel Tabung Haji yang dipindah-milik kepada SPV & dihentikan pengurusannya oleh Tabung Haji masih berada dibawah Tabung Haji sekarang..?

Apa akan jadi pada wang deposit Pelabur-pelabur Tabung Haji sekarang sekiranya semua aset-aset tak menguntungkan tersebut masih berada dibawah Tabung Haji sekarang..?

Dah tentu pelaburan-pelaburan tersebut akan digunakan sepenuhnya bagi menampung overhead atau perbelanjaan mengurus aset-aset tersebut & lebih malang lagi, ianya akan jadi beban sebab kalau nak jual pada masa ini, x kan ada mana-mana pihak yang berminat.

Akhirnya melingkup.

Bukan nak cakap Pengurusan Tabung Haji Pimpinan Nik Hasyudeen & Menteri dulu hebat boleh meramal apa akan berlaku dimasa depan, cuma nak bagitau apa-apa kerja kalau dibuat dengan ikhlas, atas tanggungjawab, atas Amanah yang Allah swt & mandat rakyat, maka Allah akan bagi jalan penyelesaian samada sebelum apa-apa masalah datang atau selepas masalah itu datang.

Yang pastinya, semua itu tidak datang dengan mudah.

Wallahua’lam…

Sumber :