Ini tiga sungai di Selangor jadi hotspot lemas sebab kepala air

Ini tiga sungai di Selangor jadi hotspot lemas sebab kepala air. Tiga lokasi perkelahan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dikenal pasti sebagai kawasan yang kerap melaporkan kejadian kes mati lemas dan terperangkap dalam kepala air sepanjang 2020 hingga 2022.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata kawasan itu adalah Sungai Batang Kali, Sungai Chiling dan Sungai Pertak.

“Secara umumnya, kesemua sungai atau jeram berisiko untuk berlaku kepala air atau berlaku insiden lemas namun begitu jika dikategorikan sebagai lokasi hotspot (titik panas), ia adalah (lokasi di mana) kejadian yang berlaku lebih dari sekali,” katanya kepada Bernama.

Baca Artikel Penuh