Siapa yang tidak mahu kurus? Mempunyai bentuk badan yang cantik dan menawan?
Kami yakin baik wanita mahupun lelaki mahu menjadi kurus demi kepuasan diri sendiri dan pasangan.
Kebanyakkan individu yang ingin kurus akan memilih untuk menjalani program menguruskan badan menggunakan pendekatan diet, iaitu pengawalan makanan yang perlu diambil seharian.
Tetapi pernahkah anda berdiet, tetapi berat anda tidak juga turun-turun? Mesti ada sesuatu yang tidak kena dalam corak pengambilan makanan anda terutamanya dalam tabiat pemakanan anda!
Oleh itu, bagi individu yang sedang mengikuti program untuk menguruskan berat badan, disini kami titipkan tips ringkas tabiat yang anda perlu jauhi untuk memastikan program menguruskan badan anda berjaya!
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
1. TIDAK BERSARAPAN PAGI
Ini merupakan tabiat yang tidak baik kerana sarapan pagi adalah hidangan harian yang penting dalam membantu memberikan tenaga pada permulaan hari. Jika anda tidak mengambil sarapan pagi, badan anda akan lebih merasa lapar.
Akibatnya anda berkemungkinan akan mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak untuk mengisi perut anda pada waktu tengah hari dan ini akan merosakkan diet anda! Jangan tinggalkan sarapan anda walaupun sekeping roti!
2. MEMAKAN SNEK BERLEBIHAN
Pastikan anda mengambil hidangan utama secara tetap untuk mengelakkan anda mengambil makanan tambahan lain seperti snek yang tidak perlu antara waktu makan. Jika masih lapar, pilih snek yang lebih berkhasiat seperti kekacang dan buah-buahan.
3. MAKAN MENGIKUT NAFSU
Selalunya ketika sedih kebanyakkan wanita akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu apabila anda merasa sedih, anda boleh lakukan aktiviti lain selain makan.
Kebanyakkan individu mempunyai berat badan berlebihan kerana tidak menyedari mereka telah menjadikan makanan sebagai ‘terapi’ sehingga menyebabkan mereka mengamalkan amalan pemakanan yang berlebihan.
4. MAKANAN SEBAGAI GANJARAN
Bagaimana dengan pilihan lain sebagai ganjaran? Jangan amalkan setiap kali berjaya dalam peperiksaan, pergi buffet. Setiap kali berjaya dalam kerjaya, ke Seoul Garden. Ini boleh menganggu diet anda. Apa kata anda tukarkan pilihan lain sebagai ganjaran, contohnya anda boleh meluangkan masa dengan bersukan bersama keluarga, anda juga boleh melancong ke kawasan peranginan.
5. JANGAN MALAS
Pastikan anda jangan malas dan sentiasa berdisplin dalam memperuntukan masa yang cukup untuk rancangan televisyen kegemaran anda, permainan, tak lupa juga untuk alat-alat gajet. Anda boleh melakukan beberapa gerakan sambil menonton televisyen seperti bangkit tubi dan tekan tubi.
6. MAKAN LEWAT MALAM
Ini merupakan perbuatan yang sentiasa dilakukan oleh kebanyakkan orang. Makan pada lewat malam akan meningkatkan penghasilan lemak dalam badan anda.
Malam merupakan masa untuk berehat, jadi tubuh badan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Jad karbohidrat yang anda telah hadam akan ditukarkan kepada sel lemak untuk tujuan simpanan.
Oleh itu anda boleh tetapkan jadual makan yang teratur dan elak makan lewat malam kerana ini adalah masa tubuh anda sedang bersedia untuk bereha