Ini strategi Adly kembalikan Tanah Adat Melaka sewaktu jadi Ketua Menteri

Ini strategi Adly kembalikan Tanah Adat Melaka sewaktu jadi Ketua Menteri. Sejak diberi mandat pada PRU14 lalu, Pakatan Harapan Melaka telah memecah rekod apabila berjaya melaksanakan 73% manifesto dalam tempoh 20 bulan.

Menurut Pengerusinya Adly Zahari waktu itu kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Pakatan Harapan menunjukkan rekod pencapaian tertinggi berbanding kerajaan negeri lain.

Ini strategi Adly kembalikan Tanah Adat Melaka sewaktu jadi Ketua Menteri

Adly Zahari

Antara manifesto yang berjaya dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan Melaka iaitu memperketatkan syarat milikan hartanah oleh warga asing.

Selain itu, menurut Adly kerajaan negeri juga telah mengekalkan Tanah Adat Melaka dan menggantikan semula Tanah Adat Melaka yang telah hilang.

“Saya bertemu pimpinan Pakatan Harapan Melaka bagi memuktamadkan polisi dan bantuan rakyat yang ingin kita laksanakan jika diberi mandat pada PRN nanti,” kata bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Terdahulu, ketika pentadbiran beliau tanah kediaman milik orang Melayu yang berstatus pajakan telah dibenar untuk ditukar kepada Tanah Adat Melaka (MCL) dengan bayaran nominal RM1,000.

BACA JUGA : Setelah BN buat himpunan lancar jentera PRN Melaka, netizen pertikai kenapa FB KKM tutup ruang komen
BN anjur perhimpunan lancar jentera PRN Melaka, netizen berang

CATEGORIES