Ini sebab kenapa nilai duit Singapura lagi tinggi berbanding ringgit Malaysia?

Ini sebab kenapa nilai duit Singapura lagi tinggi berbanding ringgit Malaysia?

Dolar Singapura pada Rabu lalu  dilaporkan memecahkan rekodnya berbanding ringgit Malaysia apabila ia mencecah 3.4102 menurut data Bloomberg.

Nilai itu naik 6.16 peratus daripada kira-kira 3.20 setahun lalu, dan naik 4.15 peratus sejak permulaan 2023.

Ini sebab kenapa nilai duit Singapura lagi tinggi berbanding ringgit Malaysia?

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, bank pusat Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kelemahan ringgit baru-baru ini boleh dikaitkan dengan perkembangan luar negara seperti kebuntuan rundingan menaikkan batas hutang Amerika Syarikat (AS) dan “episod tekanan” yang dialami sektor perbankan AS dan Eropah.

Ringgit, yang telah susut sebanyak 4.3 peratus setakat tahun ini berbanding dolar AS, pada Jumaat mencecah paras terendahnya berbanding dolar AS sejak November lalu sebelum berbalik arah lebih tinggi iaitu sebanyak 0.6 peratus.

Baca Artikel Penuh