Ini sebab durian ini berharga RM1,100 sebiji

Ini sebab durian ini berharga RM1,100 sebiji

Ini sebab durian ini berharga RM1,100 sebiji. Apabila disebut Musang King atau Duri Hitam, pasti ramai yang tahu ia adalah varieti kepada raja buah iaitu durian.

Namun tidak ramai yang sedar akan kewujudan satu varieti durian yang dinamakan ‘Tuhan Kasi’ yang berasal dari Sungai Ara, di sini, walaupun usianya sudah menjangkau lebih 100 tahun.

Malah, durian jenis itu yang dikatakan terkenal dalam kalangan penggemar durian sekitar Pulau Pinang dibida pembeli dengan harga RM1,100 sebiji sempena Pesta Durian Parlimen Bayan Baru yang sedang berlangsung di Jalan Servis Mayang Pasir di sini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, varieti durian premium itu diibaratkan seperti bagai permata yang belum digilap dan hanya kelompok ‘hantu durian’ yang tahu mencari buah dari jenis varieti ini.

Mengulas keistimewaan Tuhan Kasi , katanya warna buahnya cantik dan licin seperti kulit bayi, namun isinya tebal dan memiliki aroma yang cukup kaya.

Ini sebab durian ini berharga RM1,100 sebiji

“Rasa durian varieti ini pekat melikat, manis dan ada sedikit pahit dengan setiap pangsa hanya ada satu atau dua ulas.

“Disebabkan keistimewaannya, selalunya buah ini habis dijual di kawasan pulau sahaja dan tidak banyak yang sempat tiba di Kuala Lumpur atau Selangor,” katanya ketika ditemui hari ini.

Ditanya mengenai kutipan bidaan, Tze Tzin berkata, ia akan disalurkan untuk tujuan kebajikan dan pesta durian akan diadakan setiap hari bermula hari ini hingga 17 Julai ini bermula jam 2 petang.

“Kami ingin mempromosikan durian dari Sungai Ara ini yang mempunyai kebun seluas 404.68 hektar dengan pelbagai jenis varieti yang enak serta berkualiti seperti Lipan, Hor Lor, Naga Hijau dan Susu,” katanya.

BACA: 

41 ekor kucing peliharaan Adibah Noor didedah kepada umum

Layak masuk saingan Asia, pemain Harimau Malaya dapat bonus RM880,000

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)