Ini scam pelaburan emas terbesar di Malaysia, ramai yang tak sedar terkena

Ini scam pelaburan emas terbesar di Malaysia, ramai yang tak sedar terkena

Ini scam pelaburan emas terbesar di Malaysia, ramai yang tak sedar terkena. Tular tulisan dari Dr. Abdel Rahmanov yang dedah scam terbesar dalam pelaburan emas di Malaysia. Beliau turut mengesahkan 35 Ribu pelabur Malaysia telah terlibat dengan scam ini. Berikut merupakan penerangan dari penulis :

1. Scam pelaburan emas terbesar di Malaysia ialah Genneva Gold yang melibatkan 35 ribu orang pelabur. Mengapa orang ramai terjebak dengan scam emas ini?

2. Genneva Gold ini adalah brand bagi sebuah syarikat perniagaan menjual emas yang ditubuhkan sejak tahun 2002. Syarikat ini mendakwa mendapat pengiktirafan “patuh syariah”. Mereka sebut dalam profil syarikat, “The one and only gold company that is shariah compliant”.

Ayat ini sebijik macam tagline kedai mamak Syed Bistro”. The one and only Bhukhara Briyani” Amma!

3. Genneva Gold mempunyai 11 buah pejabat di Malaysia termasuk wakil perniagaan di China, Indonesia, Filipina dan Singapura. Keadaan Ini menggambarkan Genneva Gold sebuah perniagaan yang kukuh.

4. Genneva Gold mempunyai seorang pengarah daripada orang Melayu Muslim, Ahmad Khairuddin Ilias danseorang daripada kerabat Diraja Pahang.

Ini scam pelaburan emas terbesar di Malaysia, ramai yang tak sedar terkena

Genneva Gold menawarkan pelaburan emas menarik iaitu menjual emas kepada pelanggan pada harga premium 29%-30% daripada harga pasaran tetapi pelanggan mendapat ‘hibah’ (hadiah) 1.5% pada setiap bulan. Selepas kontrak 6 bulan, pelanggan boleh menyimpan emas atau menjualnya semula kepada Genneva Gold pada harga belian asal atau menjual kepada pihak ketiga.

5. Sekali pandang pelaburan emas Genneva Gold amat berbaloi! Hibah sebanyak18% setahun. Emas fizikal dapat, hibah pun dapat, patuh syariah pula. Warren Buffet mesti terkejut!

6. Genneva Malaysia dilancarkan secara rasmi pada tahun 2010 oleh Tun Mahathir. Mungkin Tun Mahathir dipergunakan dalam hal ini. Beliau antara tokoh besar yang mendukung penggunaan emas. Beliau menyebut dalam ucapannya:

“Wang (mata wang) hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenarnya, namun emas dapat mewakili nilai sebenarnya kerana itu adalah logam berharga di seluruh dunia.”

7. Masa berlalu dan dilaporkan seramai 8 ribu pelanggan yang telah membeli 4 ribu kg emas masih belum menerima emas mereka. Genneva Malaysia berhutang sebanyak RM80 juta. Mengikut kertas siasatan, Genneva Gold beroperasi dengan menanggung liabiliti (tanggungan) 10 kali ganda lebih besar berbanding aset yang dimilikinya. Bank negara Malaysia menyebut:

“Initial forensic accounting has uncovered considerable losses being experienced by the company in 2012 and the company has liabilities exceeding 10 times its assets.”

8. Pada 1 Oktober 2012, Genneva Gold diserbu oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapura atas kesalahan pengambilan deposit secara haram, pengubahan wang haram dan sebagainya.

9. Sebelum peristiwa itu, penasihat-penasihat Syariah telah menarik diri daripada Genneva Gold. Syarikat ini menggunakan label “patuh Syariah bagi mengkaburi operasi scam mereka.

10. Jika ada penasihat Syariah tiba-tiba menarik diri maka berhati-hatilah. Pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.

11. Semasa serbuan, Bank Negara Malaysia menyita aset Genneva Gold iaitu RM99.8 juta wang tunai dan 126kg emas untuk siasatan lanjut.

12. Perbicaraan Genneva Malaysia amat panjang. Pada bulan Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati Genneva Malaysia bersalah dan didenda RM450 juta, 8 orang individu dijatuhkan hukuman penjara 4 hingga 9 tahun dan denda RM 1 juta dan RM4 juta setiap seorang.

13. Namun pelabur-pelabur Genneva Gold tidak mendapat semula wang mereka dan mereka perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Sebab itu, mangsa scam keberatan untuk melaporkan skim pelaburan yang diragui supaya aset syarikat tidak dibekukan.

14. Kesimpulannya, syarikat perniagaan yang sah menjual emas, mendakwa patuh syariah dan mempunyai nama besar tidak semestinya bukan scam. Duit tak dapat, emas tak dapat, habuk pun tak dapat. Amma appa!!

15. Jika sesuatu pelaburan ada bau-bau scam maka cepat-cepat tarik diri sebelum nasi menjadi basi. Sejarah tidak menipu. Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa. Salam hormat.

Dr. Abdel Rahmanov
20 julai 2022

BACA:

Lelaki hina Islam dan Nabi kena denda RM50,000

Speaker dewan rakyat perjelas sebab isu tuntutan Sulu tidak dibenarkan bincang

Catat rekod baru Malaysia, Alza terima 30,000 tempahan, paling tinggi dalam sejarah

 

CATEGORIES