Ini satu-satunya penjara dalam dunia yang guna kucing untuk ‘kawal’ banduan

Sebuah penjara tertua dan terbesar di Chile, Amerika Selatan, bukan sahaja mempunyai lebih 4,900 banduan, malah ia juga ‘memenjarakan’ lebih 100 ekor kucing.

Nama penjara ini ialah Pusat Tahanan Pencegahan Santiago Sur (CDP), juga dikenali sebagai Penjara Santiago Lama atau La Peni.

Sedekad yang lalu, beberapa ekor kucing telah diperkenalkan di penjara itu untuk mengawal populasi tikus.

Ini satu-satunya penjara dalam dunia yang guna kucing untuk 'kawal' banduan

Namun, bilangan kucing itu meningkat mencecah 100 ekor kerana tiada sebarang langkah kawalan dilakukan kepada kucing untuk memastikan ia tidak membiak.

Selain menangkap tikus, kucing-kucing itu juga ‘bertugas’ untuk memberikan kasih sayang terhadap banduan yang dipenjarakan. Kebanyakan daripada banduan itu mempunyai hubungan yang akrab dengan kucing-kucing tersebut.

Baca Artikel Penuh