Ini respon ahli parlimen Kepala Batas selepas kalah saman dengan 3 pemimpin DAP

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, menyatakan bahawa beliau akan meneliti alasan penghakiman penuh terlebih dahulu

sebelum mengambil tindakan lanjut selepas diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM750,000 kepada tiga pemimpin DAP.

“Kami akan melihat alasan penghakiman penuh dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya ringkas

ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang dikeluarkan semalam.

Semalam, Pengerusi Lajnah Perpaduan Dewan Muslimat PAS itu kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadapnya.

Ini respon ahli parlimen Kepala Batas selepas kalah saman dengan 3 pemimpin DAP

Hakim Quay Chew Soon memerintahkan Siti Mastura membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 kepada Lim Guan Eng, dan RM200,000 kepada Teresa Kok.

Menurut peguam ketiga-tiga plaintif, Sankara Nair, Siti Mastura juga akan dikenakan faedah tahunan sebanyak lima peratus sekiranya gagal membayar jumlah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, beliau diarah membayar kos guaman sebanyak RM25,000 kepada setiap seorang plaintif.

Saman fitnah tersebut difailkan susulan dakwaan Siti Mastura yang mengaitkan Kit Siang, Guan Eng, dan Kok dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng, serta bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Kes saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di George Town pada 27 November lalu

BACA: Ini respon padu Anwar Ibrahim, kes pendakwah Indonesia hina penjual air dalam ceramah