Ini rahsia disebalik simbol pada tag baju yang kita pakai

Baju merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia yang direka dalam pelbagai bentuk untuk menutup bahagian atas badan.

Pakaian tersebut juga turut diperbuat daripada pelbagai bahan seperti cotton minyak, cotton silk, Jacquard dan sebagainya mengikut keselesaan penguna.

Namun, adakah kita perasan bahawa pada kebanyakan baju yang kita beli, terdapat beberapa simbol pada tagnya yang aneh dan jarang untuk kita ketahui.

Simbol-simbol pada tag baju

Sebenarnya, simbol-simbol yang terdapat pada tag baju mempunyai makna tersendiri, namun tidak ramai yang mengetahui maksud disebaliknya.

Ini rahsia disebalik simbol pada tag baju yang kita pakai

Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi TikTok oleh @kebojiman, individu tersebut telah menerangkan maksud simbol yang terdapat pada kebanyakan baju.

Bagi makna simbol pertama, ia bermaksud baju yang dibeli hanya boleh dicuci dengan maksimum suhu 30 darjah celsius sahaja. Bergantung kepada nombor yang tertera.

Simbol yang kedua adalah berbentuk tiga segi yang membawa maksud cecair peluntur. Sekiranya terdapat tanda pangkah pada simbol itu, ia bermaksud baju tersebut tidak boleh dicuci menggunakan cecair tersebut.

Simbol ketiga adalah berbentuk iron atau saterika. Terdapat satu bintik pada simbol tersebut yang bermaksud pengguna suhu yang dibenarkan.

Terdapat satu hingga tiga bintik pada simbol tersebut yang mana semakin tinggi bilangan titik, semakin tinggi suhu yang perlu digunakan untuk iron baju anda.

Untuk simbol seterusnya, ia bermaksud dry cleaning. Jika terdapat tanda pangkah pada simbol tersebut, ia bermakna kita tidak boleh melakukan dry cleaning pada baju tersebut dan sebaliknya jika tiada pangkah.

Bagi simbol yang terakhir, ia bermaksud dryer. Jika terdapat satu titik, anda dikehendaki mengeringkan baju dengan suhu yang rendah sahaja dan suhu yang tinggi akan menyebabkan baju tersebut rosak.

Jika terdapat dua titik, ia bermaksud menggunakan suhu normal. Manakala tiga titik, boleh menggunakan suhu yang tinggi.

@kebojimanTau ka taktau ka palatauu hehe♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

@kebojimanPart 2 yang ditunggu-tunggu akhirnya..♬ original sound – Kebojiman

Walaubagaimanapun, perkongsian ini hanya menerangkan sebahagian simbol yang ada. Terdapat banyak lagi dan anda boleh search sendiri untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohlifestyle/ramai-tak-perasan-lelaki-ini-dedah-makna-disebalik-simbol-pada-tag-baju/

BACA JUGA : Panas !!! Didakwa pindah data ke China, TikTok kini disiasat

COMMENTS

Wordpress (0)