Ini punca PMX mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Oleh NADIA HARON

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan rasa kesal dengan kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua.

Beliau berkata, pelaksanaan MyDigital ID terlambat selama setahun manakala rangkaian 5G kedua masih tertangguh

kerana rundingan untuk projek itu tidak mendapat respons positif daripada Digital Nasional Bhd (DNB) dan syarikat telekomunikasi.

“Ini menyebabkan saya agak hilang kesabaran,”

“Saya melahirkan rasa kemarahan yang agak keras sedikit, jadi saya minta maaf lah..”

Ini punca PMX mohon maaf kepada rakyat Malaysia

“Harapan kita tinggi, bila Mydigital ini lambat, hal berkaitan telco pun lebih setahun lambat”, katanya dalam majlis himpunan bersama Kementerian Kewangan hari ini.

Anwar berkata, beliau telah menyuarakan kekesalan berhubung perkara itu ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN), semalam.

Beliau berkata kelewatan kedua-dua projek itu disifatkan sebagai cuai dan menjejaskan kemajuan negara dalam merealisasikan agenda transformasi digital.

BACA: Cara print semula sijil SPM original ramai nak tahu