Ini punca mengapa kucing tak suka perutnya dipegang

SI bulus boleh terlelap ketika badan dan kepala dibelai pemiliknya dan ia antara perkara yang disukai kucing.

Tetapi awas apabila perutnya disentuh, ia boleh terjaga daripada tidur dan segera menolak tangan anda dengan cara mencakar atau menggigit.

Ia juga akan menjilat perutnya seolah-olah ada kotoran yang melekat pada bahagian itu selepas disentuh manusia. Mengapa kucing tidak suka manusia menyentuh perutnya?

Ini punca mengapa kucing tak suka perutnya dipegang

Kucing tidur terlentang atau mengiring kerana ingin meregangkan badan.

1. Bahagian sensitif

Serupa dengan ekor, folikel bulu pada perut kucing sangat sensitif terhadap sentuhan. Fungsinya adalah untuk membantu si bulus untuk tetap berwaspada terhadap keadaan sekelilingnya.

Stimulasi berlebihan boleh berlaku ketika perutnya diusap dan sebab itu ia akan memberi respon segera apabila bahagian itu disentuh.

Usap bahagian kepala dan badan lebih baik berbanding perut kucing.

2. Melindungi dirinya

Hampir semua organ vital kucing berada di bawah bulu perutnya yang lembut itu. Meskipun sudah mempercayai tuannya, tetapi kucing tetap memiliki naluri untuk melindungi dirinya.

Kucing boleh menjadi teman terbaik, tetapi firasat akan mendorongnya melindungi diri sendiri meskipun ia dilakukan tanpa sengaja.

Jika ingin melindungi perutnya yang sensitif, mengapa kucing gemar berguling atau tidur dalam keadaan terlentang? Kucing biasanya berbuat demikian kerana ingin meregangkan badan.

Sebagai pemilik kucing, ada baiknya juga memahami bahasa tubuhnya dan menghormati keinginannya. Ada sesetengah kucing membiarkan pemilik menyentuh perutnya tetapi itu bukan bererti ia berasa selesa.

Sebaik-baiknya perhatian hujung ekornya yang bergoyang atau ia memberi pandangan ke arah tangan anda. Ia petanda kucing tidak selesa dan boleh bertindak pada bila-bila masa.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2021/09/11/tolong-jangan-sentuh-ketahui-sebab-kucing-tak-suka-perutnya-dipegang

BACA JUGA : 40 kematian, ibu tuntut pihak berkuasa jujur jelaskan apa berlaku

COMMENTS