Ini panduan harga tukar ‘spare part’ kereta tenggelam banjir

Ini panduan harga tukar ‘spare part’ kereta tenggelam banjir. Banyak pulak bengkel dah start promo dia punya service. Tapi tak letak harge. Tulis Ade promosi je.

Meh aku share sikit, mengikut pengalaman aku sebagai pelanggan tegar bengkel kereta, graduate Automotive, and Penulis. Semoga korang tak kene tipu. Ini cuma indication kasar, part2 yang penting, rate might varies mengikut lokasi.

Ini panduan harga tukar 'spare part' kereta tenggelam banjir

Aku bagi yang generic version je, pengguna MyVi or Saga dan sewaktu denganye. Pengguna continental boleh estimate 30% to 60% increase from indication:

A. ECU
Situasi 1 : Kalau ko Berjaya bukak battery ; keringkan dgn hair-dryer, lepas tu jemur, lepas tu balut pakai kain then simpan dalam beras 24 jam supaya menyerap lembapan. Then jemur lagi. Baru pasang
Situasi 2 : Beli baru. Dalam RM 600 – RM 800

Kalau electric power stereng : ada ECU sendiri. So total ade 3 ECU termasuk TCU dalam kereta canggih mcm Lexus, Pegoet, Vios, Altis, Honda FD, Estima etc.
Cost, for generic version : >< RM 400 Cost, for BMW/Merc : RM 800 Manpower : RM 150

B. TCU Pada kereta yang pakai electronic injection biasenye ada TCU, computer utk Gearbox. So ada ECU + TCU Situasi 1 : Kalau ko Berjaya bukak battery ; keringkan dgn hair-dryer, lepas tu jemur, lepas tu balut pakai kain then simpan dalam beras supaya menyerap lembapan. Then jemur lagi. Baru pasang Situasi 2 : Beli baru. Dalam >< RM 1200

C. Minyak gearbox + filter gear box ( KALAU GEAR BOX AUTO) Buang then tukar baru. Minyak dgn Filter Klu BMW, rumit sikit. Kene keluarkan bottom part yg mcm sarang semut tu, tembak pakai angin then jemur. F10, F30. Turun gearbox. Lepas tu termenung. Cost, for generic version : RM 300 – RM500 Cost, for BMW/Merc : RM 400/litre Manpower : RM 150

D. TEKAN Brek MASA NAK CRANK ENJIN – takut clutch plate melekat dekat flywheel -sebab karat kene air. Buka spark-plug. Tukar baru Cost, for generic version : RM 40 per plug Cost, for BMW/Merc : RM 80 per plug Manpower : –

E. Minyak enjin – buat visual insection – Kalau berlumpur, mcm milo or likat mcm ice-cream: Flush pakai thinner then tembak pakai air-pressure. Make sure Oil-Filter pun cabut Cost, for generic version : RM 80 – RM120 for 4 litre Cost, for BMW/Merc : RM 250 – RM400 for 4 litre Manpower : –

F. Tangki petrol (cuci) ; keringkan Cost, for generic version : RM 120 – RM 200 Cost, for BMW/Merc : > Manpower : –

G. Kepala soket & fuse
Tanggalakan semua kepala soket radio, fuse, keringkan pakai hairdryer

H. Cover and drive-chain
Tanggalkan semua cover head and drive chain. Kalau boleh bukak cover head sekali tembak valve.

I. Yang pakai rear-drive, or drive train or propeller:
Bukak unit differential gear and flush minyak grease dlm tu. Then replace grease baru.

J. Tayar
Same dengan unit tayar. Bukak bearing then tukar. Kalau x tukar pun takpe. Tapi lumpur2 banjir akan makan ko punye shaft sampai kereta berdengung dalam mase 3-4 bulan lagi.

Ini bikin untuk kasi kereta jalan sahaja yaa. Kalau mau setting you punya GPS, radio, configurate you punya absorber, autodrive mode, aircond etc. kasi tambah laa.

– Kalau ko pakai Honda FD or Civic or sewaktu dengannye, tak payah laa ko redah. Air manifold intake dia duduk dekat bawah bumper. Once ko redah air, macam ko masukkan air dalam hidung ko. Dia terus sedut masuk injection unit. Standby RM3000.00

So estimation total cost utk repair:
Cost, for generic version : RM1800-RM5500 mengikut severity
Cost, for BMW/Merc : RM4000-RM12000 mengikut severity

Credit to towkay Shiawase Bkt Jalil, Roshahrillzall Jamian berkongsi sikit sebanyak pengalaman dia.

Sumber : Mo Razzi, Facebook

BACA JUGA : Cara hapuskan kesan najis cicak tanpa guna waterjet
Air naik balik di Hulu Langat cetus kebimbangan penduduk

Artikel ini disiarkan pada 27/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)