Ini misteri disebalik lubang besar yang mengeluarkan bau busuk, kini berusia jutaan tahun

Ini misteri disebalik lubang besar yang mengeluarkan bau busuk, kini berusia jutaan tahun.

 

Telaga Barhout (Well of Barhout), lubang misteri di timur Yaman ini dipercayai dikenali sebagai ‘penjara syaitan’ kerana bau busuknya yang muncul dari kedalaman lubang tersebut. Ia terletak di sebuah padang pasir di wilayah Al-Mahra yg berada sekitar 1,3k kilometer daripada ibu negara, Sanaaa.

Lubang misteri berkenaan dipercayai mempunyai kedalaman sekitar 100 hingga 250 meter, selain mempunyai kelebaran seluas 30 meter, tulis News.com.au. Menurut portal ini, pegawai negara itu sendiri tidak mengetahui apakah yg terletak di dasar Telaga Barhout berkenaan.

“Ia amat dalam. Kami tak pernah sampai ke dasar telaga kerana hanya ada sedikit oksigen serta tiada pengudaraan,” kata Salah Babhair, Ketua Pengarah Badan Tinjauan Geologi dan Sumber Mineral Mahra.

“Kami telah melawat kawasan itu dan memasuki telaga berkenaan sedalam 50 hingga 60 meter. Kami perasan perkara p3lik di dalam. Kami juga hidu sesuatu yg p3lik.. Ia situasi yg misteri,” tambahnya.

Hanya sedikit yg dapat dilihat daripada tebing telaga itu melainkan kumpulan burung2 yg terbang keluar masuk daripada kedalaman berikutan kekurangan cahaya matahari yg dapat menembus jauh ke dalam lubang berkenaan.

Ini misteri disebalik lubang besar yang mengeluarkan bau busuk, kini berusia jutaan tahun

Videografer yg cuba merakam perigi itu daripada jarak dekat mendakwa ia hampir mustahil untuk dirakam. Kata Babhair, Telaga Barhout itu dipercayai sudah berusia jutaan tahun dan memerlukan kajian lebih mendalam.

“Lokasi ini perlukan lebih kajian dan siasatan,” katanya seperti dipetik News.com.au.

Sementara itu, penduduk tempatan percaya, objek berdekatan telaga misteri itu boleh disedut ke dalam lubang yang dipercayai dihuni makhluk ghaib termasuk jin.

Berita Lain:

Selepas dedah nombor telefon, Shahidan terima ratusan ‘call’ tentang jalan berlubang, minta semua SMS

Kesan satu kes Varian Delta, New Zealand korek hingga ‘lubang cacing’ cari punca

Penunggang Grab Food maut akibat langgar jalan berlubang

CATEGORIES