Ini maksud sebenar asnaf, bukan miskin semata-mata

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Asnaf merujuk kepada golongan yang layak menerima zakat, namun pemahaman umum sering mengaitkannya dengan golongan miskin

Mereka yang tidak mempunyai kecukupan harta untuk menyara kehidupan sehingga memerlukan bantuan kerajaan.

Namun, adakah asnaf hanya terhad kepada golongan miskin sahaja?

Ini maksud sebenar asnaf, bukan miskin semata-mata

Sebenarnya, asnaf merangkumi lapan golongan yang layak menerima zakat. Oleh itu, sebelum menganggap zakat hanya untuk golongan miskin,

kita perlu memahami dengan lebih mendalam mengenai golongan yang lain supaya tidak terdapat kesalahfahaman.

Dalam Al-Quran, asnaf telah diterangkan di dalam surah At-Taubah pada ayat 60. Ayat tersebut menyatakan bahawa zakat adalah untuk orang-orang fakir,

orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk memerdekakan budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah, dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.

Berdasarkan takrifan yang ditetapkan pada 13 Mac 1999, asnaf yang layak menerima zakat terdiri daripada lapan jenis golongan:

Fakir: Individu yang tidak memiliki harta atau pekerjaan, atau menerima pendapatan yang kurang dari 50% daripada keperluan harian dan tanggungannya.

Miskin: Individu yang pendapatan atau hasil usahanya hanya mencukupi sebahagian daripada keperluan asasnya dan tanggungannya.

Amil: Individu yang terlibat dalam urusan zakat, termasuk pemungutan dan agihan zakat.

Muallaf: Individu yang baru memeluk Islam atau yang masih lemah iman.

Al-Riqab: Individu yang berada dalam perhambaan fizikal atau mental.

Al-Gharimin: Individu yang berhutang untuk keperluan asas dan memerlukan penyelesaian segera.

Fisabilillah: Individu atau pihak yang mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam.
Ibnu Sabil: Individu yang dalam perjalanan dan memerlukan bantuan.

Jadi, asnaf tidak terhad kepada golongan miskin sahaja, tetapi juga merangkumi golongan yang memerlukan bantuan dari segi ekonomi, sosial, dan keagamaan.

Dengan memahami dengan lebih jelas mengenai siapa yang layak menerima zakat, kita dapat memastikan bantuan yang diberikan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukannya.

BACA: “Aib suami terdedah lepas dia meninggal, aku separuh gila bila dapat tahu, hati rasa macam nak pecah, tak sangka hidup-hidup ditipu suami”