Ini lawatan kawasan bencana ke, majlis pecah tanah?, Tanya netizen

Ini lawatan kawasan bencana ke, majlis pecah tanah?, Tanya netizen. Orang ramai menyindir persiapan menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di kawasan bencana kepala air di Gunung Jerai di Tupah, Merbok semalam.

Laman Facebook rasmi Berita RTM antaranya juga dilihat menjadi tumpuan warganet meluahkan kecaman.

Rata-rata berpendapat pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu mengelak pembaziran wang rakyat apatah lagi dalam tragedi yang telah meragut enam nyawa di Yan itu.

lawatan

BACA JUGA : Panas !!! SOP rombongan Ismail Sabri ke Kedah dipertikai ramai

“Perlukah amalkan budaya sambut VIP siap buat pentas dan kanopi? Dah tahun 2021. Sultan sendiri pun mencemar duli di tempat yang terkena bencana alam, tiada pun sambut kanopi dan pentas,” selar Nasri Nasir.

Sementara itu, Ahmad Hadziq Afif berpendapat Malaysia tidak akan maju selagi budaya mengampu kepimpinan kerjaan tidak dihentikan.

Hal sama juga dibangkitkan pengguna Facebook, Arbayin Shah.

BACA JUGA : Hari pertama Ismail Sabri yang gagal

“Bangsa Malaysia bangsa bodek kuat. Ini apa benda tempat banjir. Masa banjir pasang khemah pengantin untuk VIP?” tempelaknya.

Melihatkan kanopi dan khemah beropol-ropol itu juga, ada warganet yang menyindir dengan menyangka Perdana Menteri menghadiri majlis perkahwinan.

“Ingat pi kenduri kahwin. Lawa khemah. Kerajaan negeri pun berpada-padalah nak sambut PM. Ini lawatan ke tapak bencana,” tulis Mohammad Yusup Daud.

Bagi Fiqri Fahmi pula, dia meninggalkan komentar sinis, “Melawat mangsa banjir ke melawat khemah” manakala Kril Afi menyindir, “Cantik khemah. Siap ada pokok hiasan.”

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/cantik-khemah-siap-ada-pokok-hiasan-netizen-perli-lawatan-pm-di-yan/

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)