Ini kisah jatuh bangun Sani Express yang ramai sebak bila tahu. Kepada mereka yang berasal daripada pantai timur dan utara tanah air, pasti akan mengenali Sani Express.
Perkhidmatan kelas pertama serta bas yang selesa menjadi sebab utama untuk penduduk terus memilih syarikat itu untuk pulang ke kampung. Jadi, bagaimanakah syarikat ini bermula?
Sani Express Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Sani United Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Datuk Wan Mohammad Sani Salleh.
Sebelum itu beliau telah miliki enam buah bas untuk beroperasi tetapi tidak mampu membeli bahan api untuk mulakan perjalanan.
Hasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat bas ekspress tercetus apabila beliau seringkali ulang-alik dari Terengganu ke Kuala Lumpur lebih 20 tahun lalu.
Oleh kerana pengalaman luas dalam menaiki bas, beliau berazam mahu memberikan perkhidmatan bas yang terbaik kepada orang ramai.
Sani Express memulakan perkhidmatannya pada tahun yang sama dengan 15 buah bas tempat duduk tunggal yang menuju Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuantan.
Pertumbuhan yang pesat di sekitar Lembah Klang telah menarik lebih ramai perantau daripada pantai timur untuk bekerja di sana.
Situasi ini telah meningkatkan permintaan terhadap penggunaan bas ekspress bagi perjalanan pulang ke kampung dan kembali ke ibu kota.
BACA:
Kaki kanak-kanak ini tersangkut celah kerusi, tapi muka tenang curi tumpuan netizen
YDP Agong dan Permaisuri hadir pertabalan King Charles iii tapi lain pula media antarabangsa perasan