Ini kabinet untuk jaga survival politik sahaja

Pembangkang menyifatkan barisan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lebih menjurus kepada ‘survival’ atau kelangsungan politik.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia bukannya untuk rakyat dan kelangsungan ekonomi.

“Lagu lama cuma iramanya digubah kembali. Orang Putih kata ‘Old Wine In A New Bottle’. Satu perubahan yang tiada pengakhiran,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.

Ini kabinet untuk jaga survival politik sahaja

Dr Dzulkefly (kiri) dan Salahuddin (kanan)

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad menerusi ciapannya melihat barisan kabinet yang diumumkan oleh Ismail Sabri seperti rombakan kabinet.

Beliau turut mendapati bahawa terdapat beberapa kementerian yang diketuai menteri dan timbalan menteri daripada parti yang sama.

“Agak menarik bila di beberapa kementerian dengan menteri dan timbalan daripada parti yang sama misalnya Kementerian Hal Ehwal Agama dan Kementerian Luar Negeri,” katanya.

Noor Amin berkata, beliau sebenarnya berharap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah ke Kementerian Pengajian Tinggi.

“Pasti ada banyak ‘engagement’ dengan mahasiswa dan ahli akademik. Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mungkin lebih sesuai di Kementerian Wanita atau Perladangan (berdasar corak kawasan sawit yang diwakilinya),” katanya.

Sementara itu, AhlI Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, semua mata akan melihat kepada Khairy bagi membantu negara di saat percubaan dan desakan masa dalam pengurusan pandemik Covid-19.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/158012/BERITA/Politik/Kabinet-Ismail-Sabri-lebih-menjurus-survival-politik-Pembangkang

BACA JUGA : Kami mulai ragu kesungguhan PM baru buat perubahan, kata pemimpin PH

COMMENTS

Wordpress (0)