Ini jelas dibuat dengan tujuan untuk menipu, dakwa Cynthia Gabriel


Pengarah Eksekutif Pusat Bagi Memerangi Rasuah dan Kroni (C4), Cynthia Gabriel menafikan beliau dan suaminya menyembunyikan fakta bahawa mereka diuji positif Covid-19.

Pada awalnya, kata Gabriel, beliau mahu mengabaikan tuduhan tersebut tetapi tidak ada pilihan melainkan menyuarakan penafian terhadap dakwaan yang tersebar itu.

“Ini jelas dibuat dengan tujuan untuk menipu. Tuduhan ini mala fide (berniat jahat).

“(Ini memang) gaya biasa dia (Raja Petra Kamaruddin), dan kali ini mengenai masalah kesihatan peribadi saya. Seburuk apa lagi hal ini akan dibawa?

“Bagi mereka yang prihatin dan benar-benar ingin tahu: Saya baik, saya asimptomatik (tidak menunjukkan gejala), dikuarantin di rumah dan menjaga diri saya sendiri.

“Sudah tentu, pembenci di sana tidak akan membiarkan saya!” katanya pada hantaran di Facebook.

Gabriel mengulas artikel yang diterbitkan pada Free Malaysia Today (FMT) semalam, tetapi telah diterbitkan semula di laman web Raja Petra, Malaysia Today dengan tajuk baru yang menyebut namanya.

Artikel asal FMT tidak menyebut nama Gabriel atau pasangannya.

Laporan itu memetik seorang pemimpin NGO yang tidak dinamakan menuduh Gabriel dan suaminya menyembunyikan fakta bahawa mereka telah dimasukkan ke hospital kerana Covid-19, yang boleh menimbulkan risiko kepada orang di sekeliling mereka.

Selanjutnya, artikel itu mendakwa pasangan berkenaan hanya mendedahkan perkara tersebut dalam perbualan peribadi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/516639