Ini dia latarbelakang wanita yang viral kerja di puncak KLCC, 'the real iron lady'

Ini dia latarbelakang wanita yang viral kerja di puncak KLCC, ‘the real iron lady’

Ini dia latarbelakang wanita yang viral kerja di puncak KLCC, ‘the real iron lady’. Kelmarin tular sebuh video yang memperlihatkan aksi seorang wanita seakan-akan sedang bertugas di puncak bangunan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang dikongsikan oleh seorang jurugambar, Siva Kumar menerusi akaun Tik Toknya @siva_wwc6.

Hantaran jurugambar tersebut beserta kepsyen “Iron Lady spotted” nyata mengujakan apabila ramai penonton cukup mengagumi keberanian serta komitmen wanita tersebut yang dilihat langsung tidak gentar berada di bangunan berketinggian 452 meter itu.

Walaupun memasang dan memakai alat keselamatan lengkap, namun kelibat wanita tersebut yang berhijab malah sama sekali tidak gentar bertugas di bahagian paling tinggi mercu tanda Kuala Lumpur yang berketinggian 88 tingkat itu rata-rata mendapat pujian ramai.

@siva_wwc6Iron Lady spotted.♬ Do I Wanna Know – Radio Tyrant

Menurut jurugambar tersebut, wanita itu dilihat sedang mengganti sistem lampu klasik yang berada di bahagian puncak bangunan tersebut kepada sistem pintar LED.

Ini dia latarbelakang wanita yang viral kerja di puncak KLCC, 'the real iron lady'

Namun siapakah wanita berani dan luar biasa ini? Ya, wanita hebat ini adalah Maya Sidek yang dipercayai bertugas sebagai ‘Rope Access Technician’ (juruteknik akses tali) dan juga ‘Non-Destructive Testing (NDT) technician’.

Berumur 31 dan dipercayai berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, Maya atau nama penuhnya Normalia Sidek juga merupakan seorang isteri malah baru saja bergelar seorang ibu.

Menerusi laporan Mstar, Normalia atau senang disapa sebagai Maya berkata segala-galanya bertitik tolak daripada hobinya yang menggemari sukan lasak ‘rock climbing’. “Ia memang sukan kegemaran saya. Jadi bila dapat tahu ada bidang kerja yang memanjat dan guna tali, saya terfikir untuk mencuba.

Bertemu Jodoh Dalam Bidang Sama, Inilah MAYA SIDEK Wanita Luar Biasa Yang Tular ‘Tergantung’ Di Puncak KLCC!

Saya berusaha ke arah itu dan menjalani training selama 6 bulan”, jelas anak kelima dari enam adik beradik ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai kerjayanya, Maya berkata juruteknik akses tali tidak sekadar membersihkan tingkap bangunan pencakar langit semata-mata.

“Selalu orang ingat kerja tergantung pakai tali ni cuci tingkap je. Tapi sebenarnya tugas juruteknik akses tali ni luas dan banyak cabangnya. Saya sendiri meneroka cabang-cabang baru dan ambil certificate pelbagai bidang dalam lapangan ini sebab terfikir, sampai bila nak cuci bangunan”, jelas Maya yang berharap untuk ‘menawan’ bangunan Burj Khalifa pula selepas ini.

Bertemu Jodoh Dalam Bidang Sama, Inilah MAYA SIDEK Wanita Luar Biasa Yang Tular ‘Tergantung’ Di Puncak KLCC!

Malah jelas Maya, dia sendiri tidak menyangka yang akan bertemu jodoh dalam bidang yang sama. Menerusi petikan dari Mstar, “Saya bersyukur saya dipertemukan jodoh dengan jejaka yang dalam bidang yang sama, jadi pastinya dia lebih memahami”.

Menerusi hantaran di Instagram Maya, khabarnya Maya sudah pun melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang comel, yang diberinama Muhammad Al- Fateh.

Bertemu Jodoh Dalam Bidang Sama, Inilah MAYA SIDEK Wanita Luar Biasa Yang Tular ‘Tergantung’ Di Puncak KLCC!

Sehingga kini, Maya sudah hampir 5 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance). Maya juga turut aktif di laman sosial di mana akaun Tik Toknya sudah mempunyai hampir 20 ribu pengikut yang teruja mengikuti rutin dan aktivitinya. NONA cukup mengagumi kekentalan semangat wanita hebat ini. Semoga terus menjadi inspirasi buat mereka di luar sana.

BACA:

Jadi wanita terkaya dunia, ini 6 rahsia Oprah Winfrey

Luahan hati wanita rindukan suami yang sudah kahwin lain di FB curi tumpuan

Rezeki terpijak..wanita jumpa berlian bernilai ratusan ribu ringgit ketika daki bukit

CATEGORIES