Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu. Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Dengan Mudah.
Dah tak perlu beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB.
Anda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dalam beberapa minit sahaja urusan selesai!
Duit ASB dah boleh keluar secara ONLINE menerusi portal myASNB sahaja.
Jom kami kongsikan caranya.
Pengeluaran myASNB Secara Dalam Talian
Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.
Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.
Hanya Join Telegram eCentral & Anda Layak Terima RM150 Kredit eTunai. Tebus Sekarang!
Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.
Bagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online tau!
Sila rujuk:
Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter
Cara Keluarkan Duit ASB Online
Untuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.
Jika belum ada, bolehlah daftar terlebih dahulu. Sila rujuk panduan mendaftar di sini: MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen
Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:
Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
Pilih “Seterusnya”.
Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.
*Rujuk panduan bergambar di bawah:
CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE
LANGKAH 1
Log masuk ke akaun myASNB : https://www.myasnb.com.my/
Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu
LANGKAH 2
Klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik
Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu
LANGKAH 3
Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.
Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu
LANGKAH 4
Tandakan kotak kecil dan klik Seterusnya.
Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu
LANGKAH 5
Pilih amaun > Klik Seterusnya
Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu
LANGKAH 6
Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu
LANGKAH 7
Klik Permintaan TAC > Seterusnya
Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu
SELESAI!
HAD MAKSIMUM PENGELUARAN ASB ONLINE
Had pengeluaran secara dalam talian ialah RM1000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.
Pengeluaran boleh dibuat maksima 3 kali setiap bulan.
Jumlah minimum setiap pengeluaran RM100.
Anda boleh menjual balik berulang kali dalam talian pada hari yang sama tetapi tertakluk kepada jumlah had maksimum dan had bilangan urus niaga yang dibenarkan.
Tempoh Transfer Duit ASB Masuk Bank
Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.
Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat.
Mengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).
Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).
Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.
Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.
Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.
BACA: Hidup gelandangan ini berubah 360 darjah lepas pulangkan dompet penuh dengan duit