Ini bukan ‘tangan yang menghayun buaian mampu goncang dunia’, ini kisah suri rumah jadi Ah Long, bunga dia tak ikut OPR!

Ini bukan ‘tangan yang menghayun buaian mampu goncang dunia’, ini kisah suri rumah jadi Ah Long, bunga dia tak ikut OPR!

Dalam situasi ekonomi yang semakin getir sekarang, macam-macam cara orang sanggup lakukan untuk mendapatkan wang ringgit.

Termasuklah mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.

Ini bukan 'tangan yang menghayun buaian mampu goncang dunia', ini kisah suri rumah jadi Ah Long, bunga dia tak ikut OPR!

Begitu juga dengan perkara yang berlaku baru-baru ini iaitu seorang suri rumah telah menjadi Ah Long.

Telah mengenakan bunga sebanyak 10 hingga 15 peratus

Suri rumah yang berasal daripada Tampin, Perak tersebut telah bertindak memberikan pinjaman wang tanpa lesen yang sah kepada rakan-rakannya.

Apa yang menjadi isu adalah apabila wanita yang bernama S.Rajaswari berusia 56 tahun tersebut telah mengenakan bunga sebanyak 10 hingga 15 peratus.

Pihak polis lakukan tangkapan setelah mendapat maklumat

Perkara tersebut berlaku pada 13 Januari, waktu 12.01 pagi di Taman Gunung Mas.

Pada tarikh dan lokasi yang sama, pihak polis telah melakukan penangkapan setelah mendapat maklumat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

Hasil siasatan pihak polis juga telah mendapati wanita itu telah menjalankan kegiatan tersebut daripada tahun lepas.

Wanita tersebut telah mengaku bersalah dihadapan Majistret, Kartini Kasran. Dengan itu, dia telah didenda sebanyak RM3000 dan menetapkan 10 bulan penjara sekiranya wanita tersebut gagal membayar denda itu.

Pendakwaan tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi dan tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

BACA:

“Aku hairan tiap malam suami balik kerja lambat, sekali ada bau perempuan pada baju suami masa aku nak basuh baju dia, satu hari terbongkar semua kegiatan suami”