Ini beza kemarahan rakyat terhadap kerajaan PN berbanding PH

Ini beza kemarahan rakyat terhadap kerajaan PN berbanding PH. Di zaman PH, segelintir kecil rakyat marah PH dulu secara umumnya disebabkan terpengaruh dengan fitnah dan sentimen permusuhan agama dan bangsa yang disebarkan oleh PAS.

Well, mostly yang marah tu of course lah penyokong pembangkang.

2) Namun, sebahagian rakyat masa tu ada yang tak ambil kisah pun dengan cerita politik negara, kerana mereka berpendapat “lebih baik aku sibuk cari duit berbanding sibuk pasal politik”.

3) Dengan kata lain, seteruk-teruk PH dulu dimarahi pun rakyat masih terjaga periuk nasi, boleh buka bisnes, bisnes berjalan baik, masih boleh cari kerja dan sebagainya.

4) di zaman PN ni, periuk nasi rakyat sudah terganggu dan terjejas. Rakyat hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Golongan T20 dan M40 mula kecundang, ada yang mengalami kemurungan sampai ke tahap membunuh diri.

 beza

5) Oleh itu, yang marah kerajaan PN hari ni bukan sahaja pembangkang lagi, tapi yang marah hari ini adalah rakyat Malaysia tu sendiri. Mereka marah kerana periuk nasi mereka terjejas dan kerajaan PN selepas setahun memerintah pun masih gagal kawal Covid-19.

6) Kemarahan rakyat kepada PN hari ni boleh dirumuskan kepada 3 perkara utama;
a. Keengganan kerajaan PN tutup kilang yang menjadi punca utama gelombang terkini dalam masa yang sama tutup sektor ekonomi rakyat bawahan yang tidak berisiko tinggi.
b. Keghairahan pemimpin kerajaan PN melanggar SOP sewenang-wenangnya dan tidak dihukum seperti rakyat. Apa cerita 2 pemimpin PAS yang disiasat polis kerana langgar SOP? Kalau rakyat langgar laju je kena tangkap dan didenda terus tanpa budi bicara.

c. Dan yang paling teruk ialah sikap PAS yang bertindak memusuhi rakyat dalam isu bendera putih. Dalam keadaan ramai sudah bunuh diri dan masih ada yang nak bunuh diri, sewajarnya PAS sebagai kerajaan ambil inisiatif membantu tanpa sempadan. Ini tidak, dipolitikkan pula isu bendera putih sampai ke tahap rakyat kena melutut dan sujud di kaki PAS kalau mahu bantuan pula.

7) Disebabjan itu, jika dulu PAS cuba bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu DAP, hari ni dalam keadaan rakyat tertekan dengan kehidupan, PAS masih nak ratib DAP lagi ka? Apa rakyat akan jadi senang bila benci DAP ka?

Sudah tentu tidak.

Yang masih marah-marah pasal DAP kini hanyalah golongan terpencil iaitu walaun dan sekutunya sahaja. Rakyat yang dah terdesak tak peduli pun.

Ambil contoh isu pencerobohan tanah durian di Raub, bukan main media PAS cuba hangatkan isu ini dengan DAP, tapi majoriti rakyat tak pedulipun.

Last-last bila MCA tawar khidmat peguam kepada mereka yang ditahan reman kerana menceroboh tu, terciduk pula puak lebai di situ.

Lalu koyaklah beberapa penyokong PAS dengan bertanya, “apa kau ingat dengan tukar kerajaan kes Covid-19 boleh turun, ka?”.
Sudah tentu boleh jika diberi peluang.

PN sudah diberi peluang untuk memerintah dan natijahnya gagal. Takkan nak kekalkan lagi sebuah kerajaan yang gagal?

Rakyat hari ni perlukan kerajaan baru yang boleh berfungsi dengan baik, terutamanya memperkenalkan SOP yang tepat, bukan macam SOP kerajaan PN hari ini.

Sumber:

Jika  terlapas: Henti berpolitik? Nasihat PM tu, kata Saifuddin kepada Ismail Sabri