Ingatkan dalam movie je, rupanya kena pada diri sendiri, lelaki ini dedah pengalaman kena halau dari pesawat macam penjenayah

Ingatkan dalam movie je, rupanya kena pada diri sendiri, lelaki ini dedah pengalaman kena halau dari pesawat macam penjenayah.

Seorang penumpang pesawat berkongsi pengalaman mengecewakan ketika menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan tambang murah bersama isteri dan anak-anak pada Rabu lalu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Fear Dawooz berkata, insiden berlaku sepanjang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), Sepang.

Ingatkan dalam movie je, rupanya kena pada diri sendiri, lelaki ini dedah pengalaman kena halau dari pesawat macam penjenayah

Memang akan ingat sampai bila-bila

Paksa ‘check in’ beg, ‘delayed’ dan sebagainya

Bercerita lanjut, insiden bermula apabila isterinya Sha Pka meminta tali pinggang keselamatan (seat belt extender) bagi meriba anak bongsunya yang berusia dua tahun sebelum berlepas dalam pesawat.

Bagaimanapun, kabin kru menegaskan bahawa kanak-kanak berusia dua tahun ke atas perlu duduk di kerusi sendiri berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Anak tak berhenti menangis, meronta-ronta

Dah sehabis baik tenangkan anak, tapi…

Difahamkan, dia dan isterinya sudah cuba pelbagai cara untuk tidak membiarkan anak perempuan mereka menangis yang boleh mengganggu ketenteraman penumpang lain namun kabin kru tetap dengan pendirian SOP penerbangan.

Situasi menjadi lebih ‘tegang’ apabila Fear Dawooz mendakwa anaknya itu diberi amaran untuk kekal duduk di kerusi sendiri ataupun boleh dibawa keluar dari pesawat.

Kapten kapal umum.. kena ugut sampai nak halau keluar pesawat!

Sebaik tiba di KLIA2, Fear Dawooz mendakwa beberapa kakitangan keselamatan menahan keluarganya dan meminta dia memadam rakaman video yang dijadikan sebagai bukti berhubung insiden terjadi di dalam pesawat.

Minta belas ihsan suruh padam video

Merayu-rayu, kakitangan risau dibuang kerja

Jadi pengajarannya…

Selepas dimuat naik sejak 14 jam lalu, hantaran tersebut menerima 10,000 tanda suka dan 6,300 komen selain dikongsi semula sebanyak 24,000 kali dalam kalangan netizen.

BACA:

Terpesona rupa persis pelakon bollywood? Wanita ini kongsi detik hitam kahwin lelaki warga asing

Siapa sangka sandal buruk ini boleh dijual dengan harga mencecah RM1 juta!