Ingat perempuan je murung dicerai pasangan, lelaki ini kongsi video setiap hari selepas bercerai dari hari pertama undang reaksi netizen
Perkataan cerai menjadi hal yang paling tidak diingini buat mana-mana pasangan suami isteri.
Namun andai jodoh terhenti di persimpangan jalan, siapalah kita mahu menidakkan takdir.
Dalam tempoh ini, biasanya golongan perempuan lebih terbuka mengekspresikan rasa sedih mereka berbanding lelaki.
Kena teruskan kerja…Ada anak yang perlu diberi makan
Pun begitu, seorang pengguna TikTok ini tampil berani mendedahkan sisi-sisi rapuh seorang lelaki yang dirasakan sesudah bercerai.
Mungkin nampak kuat, hakikatnya mereka juga manusia biasa yang tak lari daripada perasaan sedih.
Pada hari pertama, dia yang sedang menahan hiba mengumpul kekuatan untuk memotong rambutnya kepada stail botak.
Serendah mana pun semangatnya saat ini, dia juga harus kuat mencari rezeki untuk menyara kehidupan si anak.
@assistentribCara ini cukup efektif untuk mendistraksi overthinking. Walau kadang sesekali masih terganggu
Ya, terkadang lupa masa untuk diri sendiri
Berdasarkan cadangan di internet mengenai cara untuk gembira selepas bercerai, dia juga pergi ke sebuah tempat baru demi menenangkan fikiran.
Suasana ladang teh yang cukup indah sedikit sebanyak melegakan kepala yang kusut. Katanya selama ini, masanya banyak dihabiskan buat keutamaan keluarga sehingga terlupa untuk meluangkan masa untuk diri sendiri.
@assistentrib Doing my goods and wellness, #afterdivorce ♬ Romantic Homicide – d4vd
Hari ini ayah masak untuk aku…Mungkin dia pun bersimpati dengan apa yang aku lalui
Dalam usaha untuk bangkit meneruskan hidup, dia juga merasa bersalah dengan anaknya yang masih kecil.
Namun apabila menginjak dewasa kelak, pastinya lelaki ini bakal menjelaskan hal sebenar kepada budak itu.
@assistentrib♬ History (Cover Rich Brian) – 兰益
Untuk mendapatkan support system yang baik, dia juga menemui bapanya di kampung meski sebelum ini hubungan mereka tidak begitu rapat.
Untuk sarapan, dia cuma dijamu dengan telur dadar sahaja. Namun entah mengapa, hidangan ringkas itu cukup mengubati hatinya saat ini.
BACA: