“Ingat bagi ceramah agama, rupanya dia tengah ulas world cup”

“Ingat bagi ceramah agama, rupanya dia tengah ulas world cup”. Gelagat seorang pengulas sukan yang mengulas salah satu perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Seperti pengkongsian di media sosial @abangMisai, memaparkan aksi pengulas tersebut yang dilihat bersungguh-sungguh mengulas perlawanan yang sedang berlangsung.

Lebih menghiburkan, ulasan yang diberikan adalah di dalam bahasa Arab ditambah pula dengan semangat yang luar biasa.

Susulan itu, rata-rata orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi dan menyifatkan penyampaian berkenaan seperti sedang menyampaikan khutbah atau ceramah agama.

“Jangan pula ada yang tadah tangan masa dia tengah mengulas sukan, yelah dengar pun macam doa” komen seorang pengguna.

"Ingat bagi ceramah agama, rupanya dia tengah ulas world cup"

Baca Artikel Penuh