[INFO] Panduan mohon moratorium dan senarai link bank

[INFO] Panduan mohon moratorium dan senarai link bank

PERMOHONAN MORATORIUM UNTUK B40, M40, PKS DAN GOLONGAN YANG TERJEJAS  UNTUK PENGGUNA MAYBANK, PUBLIC BANK, AMBANK, RHB BANK, CIMB BANK, BANK ISLAM, BSN, BANK RAKYAT, AFFIN BANK, MBSB BANK, HONG LEONG BANK, AL RAJHI BANK, SME BANK, AGROBANK, CITIBANK, HSBC, OCBC DAN LAIN-LAIN

Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan PKP 3.0 termasuk Bantuan pinjaman bersasar iaitu dalam bentuk Moratorium pinjaman selama 3 bulan atau Pengurangan bayaran ansuran 50% selama 6 bulan.

Di sini dikongsikan info terkini dari Bank Negara tentang moratorium automatik PKP 3.0 dan cara membuat permohonan di institusi perbankan masing-masing.

3 Kategori Kelayakan Moratorium Automatik

KATEGORI 1 :

Individu hilang pekerjaan
Penerima BSH / BPR (B40)
PKS / perusahaan mikro yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP
Perusahaan Mikro – kemudahan pinjaman yang diluluskan sehingga RM150,000 (seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp)
Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:

i) Moratorium selama tiga bulan; ATAU
ii) Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

KATEGORI 2 :

Individu M40 & T20 yang mengalami pengurangan pendapatan (semua peminjam) – Termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah
Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:

Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang

Berikut Cara Permohonan yang telah di tetapkan oleh Bank-bank yang berkenaan :-

#MAYBANK

i) Lanjutan Moratorium Maybank Untuk B40
Program Bantuan Bayaran Balik atau Targeted Repayment Assistance (TRA) Maybank adalah pakej yang merangkumi pelbagai pilihan untuk meringankan beban kewangan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang berkurangan akibat daripada Covid-19.

Bantuan ini disasarkan untuk membantu pelanggan B40 dan PKS mikro.
Pelanggan yang layak boleh memilih untuk:

• Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau

• Pilihan 2: Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

Syarat Permohonan
Pelanggan individu yang layak bagi moratorium automatik seperti diumumkan pada 31 Mei 2021 adalah:
Individu B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

ii) Bantuan Bayaran Balik Untuk M40
Bagi pelanggan M40 yang terdaftar di pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang pendapatan isi rumahnya dipengaruhi oleh wabak, pihak Maybank juga telah mempermudah proses permohonan di mana hanya dokumen pembuktian atau self-declaration yang diperlukan untuk proses permohonan.

Pinjaman apa yang dibenarkan untuk moratorium PKP 3.0 ini?
Berikut ialah senarai pinjaman yang dibenarkan:

Mortgage, Education, ASB, SME Loan / Financing
Pinjaman rumah / perumahan (mortgage)
Pinjaman pelajaran (education)
Pinjaman ASB (ASB financing)
Pinjaman perniagaan SME (SME Loan / Financing)
Hire Purchase
Pinjaman kenderaan
Personal Loan / Financing
Pinjaman peribadi
Credit Card
Hutang kad kredit

Contoh dokumen tersebut termasuklah:
• Untuk pelanggan dalam penggajian : slip gaji 1 bulan yang terkini
• Untuk pelanggan bekerja sendiri :- Sekiranya akaun utama anda di Maybank, dokumen tidak diperlukan
– Sekiranya akaun utama anda di bank lain, penyata bank 3 bulan yang terkini diperlukan

• Surat tamat perkhidmatan / berhenti kerja dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.
• Surat pemotongan gaji dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.

1. Untuk membuat permohonan, sila layari laman web Maybank: https://www.maybank2u.com.my/
2. Klik COVID-19 Assistance
3. Pilih Kategori berdasarkan kelayakan anda
• Untuk B40 (TRA – Targeted Repayment Assistance)
• Untuk M40 (RA – Repayment Assistance)
4. Klik ‘Send email for TRA’ atau ‘Send email for RA’ atau e-melkan terus permohonan beserta dokumen sokongan ke [email protected]
5. Keputusan akan dimaklumkan dalam masa 5 hari setelah pihak Maybank menerima permohonan berserta dengan dokumen yang lengkap.

6. Keputusan akan dimaklumkan kepada anda melalui panggilan telefon atau e-mel atau SMS.

Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Untuk PKS
Bagi PKS yang terjejas, anda boleh hantarkan e-mel kepada alamat [email protected] dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.

Tarikh Permohonan
Permohonan lanjutan moratorium atau bantuan bayaran balik ini boleh dibuat mulai 1 Jun 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Careline Maybank di 1-300 88 6688 ( Malaysia )atau+603-7844 3696 (Luar Negara) dan tekan *1 untuk Bantuan Bayaran Balik / Lanjutan Moratorium Maybank.

Cara Permohonan Moratorium Automatik & Pengurangan Bayaran Balik Ansuran Lain-lain Bank

Mereka yang berkenaan boleh menghubungi bank masing-masing untuk mengetahui proses selanjutnya.

SENARAI BANK-BANK UNTUK PERMOHONAN MORATORIUM PKP 3.0 TAHUN 2021

Untuk memohon dan Semakan Kelayakan, permohonan bagi setiap bank di Malaysia yang BOLEH Di MOHON SECARA ONLINE dan telah mengemaskini borang permohonan moratorium adalah seperti berikut:

Moratorium Maybank : KLIK SINI
Moratorium Bank Rakyat => KLIK SINI
Moratorium Bank Islam : KLIK SINI
Moratorium CIMB => KLIK SINI
Moratorium BSN: KLIK KSINI
Moratorium Public Bank => KLIK SINI
Moratorium Ambank => KLIK SINI
Moratorium RHB => KLIK SINI
Moratorium Affin Bank => KLIK SINI
Moratorium MBSB => KLIK SINI
Moratorium Bank Muamalat => KLIK SINI
Moratorium HSBC Bank => KLIK SINI
Moratorium Kuwait Bank => KLIK SINI
Moratorium CitiBank => KLIK SINI
Moratorium Alliance Bank => KLIK SINI
Moratorium AgroBank => KLIK SINI
Moratorium Hong Leong Bank => KLIK SINI
Moratorium SME Bank => KLIK SINI
Moratorium Standard Chartered Bank => KLIK SINI
Moratorium Al Rajhi Bank => KLIK SINI
Moratorium UOB Bank => KLIK SINI
Moratorium OCBC Bank => KLIK SINI

Untuk maklumat penuh, sila rujuk Bank Negara Malaysia di https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ atau hubungi bank anda untuk butiran lanjut.