Influencer nak cium mulut isteri depan member bujang jadi tular

Influencer nak cium mulut isteri depan member bujang jadi tular. Pernah viral memuat naik gambar percutian mewah di Dubai sebagai ‘self-reward’ selepas memperoleh keputusan cemerlang di universiti, nama seorang ‘influencer’ kembali mencuri tumpuan apabila dia selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya pada hujung minggu lalu.

Majlis jadi tumpuan ramai


Difahamkan ‘influencer’ wanita itu berkahwin dengan teman lelakinya yang juga anak kepada salah seorang ahli politik terkenal. Majlis yang berlangsung tersebut dikatakan sangat meriah dan dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan rapat. Namun begitu, viral satu rakaman video yang ‘kurang manis’ di media sosial berikutan aksi pengantin lelaki tersebut yang didakwa ‘bergurau’ hendak mencium mulut isterinya di khalayak ramai.

‘Tak sabar der’

Influencer nak cium mulut isteri depan member bujang jadi tular

Aksi berkenaan dipercayai berlaku di tengah rakan-rakan lelaki yang hadir pada malam tersebut. Menurut netizen, pengantin lelaki tersebut agak keterlaluan dan tidak menghormati maruah isterinya. Meskipun dikatakan sekadar gurauan, netizen berharap pengantin lelaki itu tahu mengenai adab sebelum melakukan sesuatu perkara.

Komen netizen

“Isteri kau pasangan hidup tau lepas tu kau dah buat macam ni on your first day sebagai suami isteri? Mana pergi hormat kat isteri?”

Berikutan video tersebut juga, ramai yang berharap supaya insiden itu menjadi pengajaran buat orang lain agar tidak sesuka hati memalukan pasangan sendiri lebih-lebih lagi jika melibatkan aksi yang keterlaluan.

BACA:

Hero sebenar! Aksi pemuda gali lubang biar air mengalir elak dari banjir dipuji

Jurulatih kena penjara 109 tahun selepas rogol empat atlet

Ini bukti layanan ‘double standard’ Mat Saleh dan Mat Nepal oleh rakyat Malaysia