Di media sosial, tular luahan seorang wanita yang merana apabila suaminya enggan menceraikan dirinya dengan baik.
Wanita ini berkongsi cerita sebelum berkahwin, dia merupakan seorang influencer dan model tudung.
Dia mempunyai rupa paras dan perwatakan yang menarik. Selepas berkahwin, dia sanggup meninggalkan kerjaya itu
(review produk dan modelling) demi mentaati perintah suami yang melarang wajahnya menjadi tatapan lelaki lain.
Namun, lain pula yang berlaku apabila suami mula menunjukkan perangai sebenar
. Sudahlah malas bekerja, suami juga pernah mengangkat tangan dan menjadikan rumahnya seperti hotel.
“Saya memang dah tak tahan sangat hidup dengan suami. Dia buat rumah macam hotel, tak mahu kerja, saya yang terpaksa tanggung perbelanjaan anak, tanggung duit rumah sewa semuanya. Suami pernah pukul, dia juga seorang peminum ketum yang sangat kuat! Kalau tak dapat beli ketum, dia jadi baran dan nak marah-maki.”
Suaminya yang hanya menjadi beban juga selalu memaki hamun isteri dan keluarga mentua. Sikap suami yang bermasalah semakin jelas apabila dia kantoi mencuri duit isteri beberapa kali.
“Dia panggil saya pelacur atau gelarkan GRO, panggil saya dengan semua nama binatang sedangkan saya hidup hanya ada depan mata dia je, keluar pun dengan dia.”
Si isteri yang hanya bekerja secara sambilan di rumah mengaku telefon sering diperiksa suami sehingga kata laluan media sosial pun suami tahu.
Wanita ini bimbang keadaan rumah tangga menyebabkan dia mengalami tekanan mental dan nekad meminta cerai. Namun, suami enggan menceraikannya dan memberi ugutan apabila isteri mahu tuntut fasakh!