Influencer kena kritik sebab rentas negeri untuk surprise mak ayah

Influencer kena kritik sebab rentas negeri untuk surprise mak ayah

Kini, perkataan ‘rentas negeri’ merupakan perkataan yang sangat sensitif buat semua rakyat Malaysia lebih-lebih lagi selepas kita semua diberi bayangan bahawa tiada aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Namun, posting terbaharu yang dibuat oleh pemilik butik fesyen Leeyanarahman telah menaikkan kemarahan warganet.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya pada 18 April lalu, beliau telah diberi kebenaran untuk merentas negeri bagi menghadiahkan sebuah kereta kepada kedua ibu bapanya yang berada di Kuala Terengganu.

Dalam masa yang sama, difahamkan mereka hanya berkunjung ke sana dalam masa sehari sahaja dan turut mengakui telah mematuhi segala syarat yang diberikan.

Walaupun sudah dijelaskan tetapi netizen tetap tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan olehnya serta suaminya iaitu Hafiz Hamid.

Menjengah ke laman Twitter, ramai netizen meluahkan rasa berang mereka dan menyifatkan ia sebagai keputusan yang berat sebelah.

Maklum lah, di saat ini setiap perbuatan mereka yang berpengaruh mesti akan diperhatikan netizen dan turut dipertikaikan.

Tetapi seeloknya perkara begini tidak harus diperbesarkan memandangkan isu ‘rentas negeri’ merupakan satu perkataan yang sensitif.

Semoga dengan penjelasan yang diberikan dapat diterima oleh netizen sendiri.

Sumber:https://www.hotfm.com.my/hotviral-rentas-negeri-untuk-hadiahkan-kereta-pada-ibu-bapa-ramai-mengamuk-dengan-leeyanarahman/