Influencer bengang kena halau dari pusat beli belah, dakwa dirinya terlalu seksi jadi punca

SEORANG influencer mendakwa dia dihalau dari sebuah pusat beli-belah di Dubai kerana terlalu seksi.

Emmy Russ, 22, berkata, dia berdepan dengan pengawal keselamatan yang memaklumkan kepadanya mengenai pemakaiannya tidak sesuai.

Menurut laporan media Jerman, bintang realiti TV itu dilaporkan memakai baju glitter dan skirt mini ketika kejadian.

Influencer bengang kena halau dari pusat beli belah, dakwa dirinya terlalu seksi jadi punca

Emmy mendakwa dia dihalang oleh pengawal keselamatan daripada memasuki pusat beli-belah. 

Emmy mendakwa dia ditegur oleh pengawal keselamatan sebaik memasuki pusat beli-belah.

Dakwanya, dia dimaklumkan tidak dibenarkan berjalan dalam keadaan seperti itu, sambil menambah dia juga tidak dibenarkan untuk membeli-belah.

Tambah bintang Jerman itu, pengawal keselamatan itu mengancam untuk menghubungi polis, malah memberikannya amaran bertulis.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/global/dunia/2021/08/28/influencer-dakwa-dihalau-dari-pusat-beli-belah-kerana-terlalu-seksi

BACA JUGA : Negeri Sembilan semakin hampiri imuniti kelompok – MB

COMMENTS

Wordpress (0)