Individu disebalik rider gadis cantik ini pasti akan buat anda terkejut, rupanya..

Individu disebalik rider gadis cantik ini pasti akan buat anda terkejut, rupanya..

Kita mungkin jarang melihat wanita menunggang motosikal berkuasa tinggi, jika ada pasti mereka ini akan dilabel sebagai ‘rare’ lebih-lebih lagi bila dia adalah seorang gadis cantik, sudah pasti ramai yang akan mengikuti aktiviti terbarunya di media sosial.

Baru-baru ini, kisah seorang gadis ‘rider’ di Jepun seorang pengguna Twitter membuat pengumuman mengejutkan apabila identitinya diragui oleh pengikutnya di platform tersebut. Rider cantik itu akhirnya mendedahkan bahawa dia sebenarnya seorang lelaki berusia 50 tahun.

Individu disebalik rider gadis cantik ini pasti akan buat anda terkejut, rupanya..

Pengumuman itu ternyata kejutan besar buat lebih 17,500 pengikutnya selepas dia menggunakan aplikasi Face Apps untuk mengubah wajahnya. Odditty Central melaporkan ‘Azusa Gakuyuki’ adalah seorang wanita muda, berpenampilan dan sangat menghiburkan pengikut di Twitter dengan gambarnya.

Menerusi akaun Twitter milik Azusa Gakuyuki, ‘gadis’ itu sering memuat naik ciapan mempamerkan gambar dirinya sambil menulis kapsyen berkongsi hobi kegemarannya iaitu bermotosikal, mendaki gunung, meluncur ski serta aktiviti luar yang lain.

Netizen buat siasatan, rahsia terbongkar

Bagaimanapun, rahsianya terbongkar apabila netizen menyedari beberapa tanda-tanda pelik pada gambar-gambar dikongsi oleh ‘gadis’ tersebut. Antaranya, lengan yang kelihatan berkedut dan berbulu dalam salah satu gambar swafotonya.

Selain itu, sebuah gambar motosikal yang dimuat naik juga menunjukkan refleksi seorang lelaki di dalam cermin sisi motosikal berkenaan. Apabila diperhati dengan lebih dekat, netizen perasan rupa sebenar ‘gadis’ tersebut.

Setelah ramai netizen tampil membuat spekulasi tentang identiti sebenar individu tersebut, satu rancangan realiti TV Jepun tampil untuk mendedahkan perkara yang sebenar. Penunggang motosikal itu dijejaki dan kru produksi terkejut apabila mendapati individu itu adalah seorang lelaki dan berambut panjang.

Akhirnya, dalam Rancangan Larut Malam Isnin lalu, dia yang berpenampilan seorang wanita berusia 20-an, mendedahkan dirinya sebenar adalah seorang lelaki berusia 50 tahun.

Ketika ditanya mengapa dia memilih untuk menjadi wanita muda, beliau berkata, menjadi perkara biasa bagi pengguna media sosial untuk menambah kenalan melalui tanda suka dan komen.

Katanya, ketika mula-mula membuat hantaran di Twitter, dia hanya mendapat reaksi dari segelintir netizen. Namun pada 2019 selepas aplikasi itu diperkenalkan dia mengambil keputusan untuk mencubanya.

Selepas mahir dengan suntingan, dia berusaha menukar wajahnya kepada wanita muda dengan nama Azusa Gakuyuki. Ditanya kenapa pendedahan itu dibuat sekarang, dia menjelaskan tedapat beberapa kontroversi di atas talian mengenai salah satu gambarnya.

Ia adalah refleksi seorang lelaki mengambil gambar yang kelihatan pada cermin sisi motosikal. Keadaan itu menyebabkan dia merasakan sudah sampai masanya dia mendedahkan rahsia terbabit menerusi rancangan berkenaan.

Tonton:

Berita Lain:

Pengantin lelaki ‘sahkan’ akad nikah sendiri, ini reaksi nakal bakal mak mentua

Rupanya ini orang dibelakang RFID, patutlah..

Tular di media sosial penjual pau macam ‘bidadari syurga’, ramai cari lokasi..

CATEGORIES