Individu dewasa lengkap vaksin kini sudah capai 86.8 peratus

Lelaki

Individu dewasa lengkap vaksin kini sudah capai 86.8 peratus. Seramai 20, 317,843 individu atau 86.8 peratus populasi dewasa menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Menurut portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat 11.59 malam tadi, sebanyak 92.4 peratus atau 22.1 juta populasi dewasa mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Bagi populasi keseluruhan rakyat Malaysia, seramai 20,389,622 individu atau 62.4 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19,” katanya.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 71,779 atau 2.3 peratus daripada mereka melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 237,245 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 103,021 dos pertama dan 134,224 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 43,933,988 dos.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/lagi-3-2-peratus-capai-90-peratus-populasi-dewasa-lengkap-vaksin/

BACA: Nekad bakar isteri dan anak tiri setelah kehendak batin tidak dilayan

COMMENTS

Wordpress (0)